Cerita ArtisHiburan

Dihimpit Masalah Kewangan, Zul Yahya Sekeluarga Terpaksa Menumpang Di Sebuah Kedai

Pelakon popular, Zul Yahya menyatakan dia bersama ahli keluarganya terpaksa menumpang sementara di sebuah kedai setelah berhadapan dengan masalah kewangan susulan perniagaannya yang kini tidak begitu stabil.

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, dia menjelaskan terpaksa menginap di kedai itu buat sementara waktu serta mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan agar segala urusan sekeluarga akan dipermudahkan.

“Saya dan keluarga, kami lapan beranak tidur di kedai sementara nak selesaikan masalah kami ini.

“Mungkin seminggu lagi. Doakan urusan kami sekeluarga dipermudahkan,” jelasnya.

Semasa sesi siaran langsung itu juga, pelakon berkenaan turut menunjukkan keadaan ruang dalam kedai tersebut yang dijadikan tempat tidur sementara mereka sekeluarga dengan hanya beralaskan kain toto di lantai.

Pada masa sama, Zul turut memuat naik tangkap layar kod QR akaun TikTok miliknya untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sebelum ini, dalam posting di Threads, seorang netizen yang dikenali sebagai Azrul Hanaffi telah memuat naik foto tangkap layar daripada sesi siaran langsung aktor tersebut.

Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Yahya mengalami fasa sukar kerana perniagaan di premis makanan yang diusahakan sedang berdepan masalah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button