
RockHauz adalah satu movement untuk scene Rock N Roll bagi menghidupkan atau dengan lebih tepatnya memberi kesegaran semula muzik Rock pada rakyat di seluruh Malaysia terutamanya pada generasi muda.
Seperti yang kita ketahui, walaupun agak berat untuk dikatakan, Rock N Roll itu sendiri sudah hampir pudar di kalangan anak anak muda di Malaysia.
RockHauz ini di asaskan oleh Pidut (Guitarist BigTones) kerana dia diberi cadangan oleh our living legend iaitu Edrie Hashim (Guitarist Wings) untuk mencipta satu scene khas bagi band band atau peminat Rock N Roll di Malaysia dan tidak lupa juga rakan rakan band yang turut serta bekerjasama seperti The Rudean, Suav dan The Alif bagi menjayakan RockHauz Volume 1 ini.
Tujuan utama RockHauz ini di cipta untuk mengumpul semua band Rock di Malaysia terutamanya generasi muda dan new comers untuk memberi pendedahan serta ingin memberi tahu pada rakyat Malaysia bahawa masih banyak lagi band band Rock yang tidak di ketahui masyarakat atau pendengar di luar sana kerana scene ini sudah pun tiada atau bole dikatakan sudah hampir pupus pada kalangan generasi muda.
Jadi, bagi sebahagian anak muda yang masih mengikuti perkembangan muzik Rock yang pernah di popularkan oleh band band otai pada tahun 70an, 80an, 90an sudah tiada tempat atau komuniti untuk mereka berkumpul dan menikmati muzik Rock yang sedemikian. Seperti terasing dari scene scene yang ada pada masa kini, yang ada hanyalah band band otai yang masih bertapak hingga kini sebagai contoh Search, Wings, Barbarik, Lefthanded, Cromok dan lain lain.
Jadi, ini lah masanya untuk para para musician serta pendengar atau peminat Rock N Roll di Malaysia terutamanya generasi muda, RockHauz dengan ini secara rasminya telah membina satu scene, rumah atau komuniti bagi Rock N Rollers semua!
Ini bukan sekadar gig, ini adalah tempat bagi Rock N Rollers semua berkumpul! RockHauz (Volume 1) ini bertempat di BeKL Cheras pada tarikh 13 Jun 2026.
Ia bakal dibarisi band yang mempunyai sound tersendiri seperti Suav, The Alif, BigTones dan The Rudean serta tetamu khas Mr Edrie Hashim (Guitarist Wings) dengan bertujuan sebagai tanda sokongan beliau pada penyambung legasi Rock N Roll di Malaysia. – KopiPlanet.com



