EventHiburan

Dua Nama Besar Industri Muzik Antarabangsa, My Chemical Romance & Evanescence Bakal Gegar KL November Ini

Berita baik buat peminat muzik di Malaysia apabila dua nama besar industri muzik antarabangsa, My Chemical Romance (MCR) dan Evanescence bakal mengadakan persembahan berskala besar November ini.

Ternyata persembahan tersebut bakal mengimbau semula zaman remaja yang penuh dengan alunan muzik melodi dan melankolik.

​Dianjurkan oleh Hello Universe, siri konsert berkenaan dijadualkan berlangsung sepanjang bulan November dengan menampilkan tarikh eksklusif bagi kedua-dua kumpulan legenda berkenaan. 

Untuk permulaan, kumpulan ikonik rock alternatif MCR bakal menggegarkan ibu negara selama dua malam berturut-turut pada 19 dan 20 November.

Kemudian, kehangatan muzik disusuli pula dengan persembahan bertenaga daripada pelopor gothic rock, Evanescence minggu seterusnya iaitu pada 28 November.

​Dengan kehadiran dua nama besar ini bukan sahaja menjadi platform buat peminat tegar muzik ‘Emo’ dan ‘Gothic’ tempatan untuk berkumpul, malah ia disifatkan sebagai pelengkap kepada kenangan zaman persekolahan bagi generasi yang membesar pada awal tahun 2000-an.

​Seorang pengguna Threads memuat naik hantaran ringkas yang meluahkan rasa tidak percaya dengan menulis, “My Chemical Romance dengan Evanescence datang KL dalam bulan yang sama?

“Siapa kata benda ni takkan jadi? Gila, ni betul-betul mimpi jadi kenyataan!”

​Sementara itu, seorang lagi netizen mengimbau kenangan zaman persekolahan mereka dengan menyatakan, “Lagu-lagu nilah yang kita dengar sampai menangis dekat bucu katil masa zaman sekolah dulu.

“Bila tiket dibuka semula macam ni, confirm tak boleh lepaskan peluang. Anggap sahaja ini ‘healing’ untuk diri kita yang dah dewasa.”

Penganjur menerusi hantaran di laman media sosial rasmi mereka turut mengumumkan pembukaan semula jualan tiket dalam jumlah yang terhad.

Peminat yang tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini boleh melayari laman web rasmi www.golive-asia.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button