Cerita ArtisHiburan

“Sampai Sentuh Anak, Sorry That’s Way Too Much Guys…” Teruk Dikecam, Uqasha Senrose Akhirnya Tampil Bersuara

Setelah teruk menerima kecaman gara-gara kontroversi drama Madu Atau Racun, pelakon popular Uqasha Senrose akhirnya tampil bersuara.

Merupakan salah seorang pelakon utama dalam drama berkenaan, Uqasha menyatakan apa yang ditonton adalah bukan keseluruhan jalan cerita.

“Apa yang korang tengok? Bukan keseluruhan cerita dan setiap episod kan? Hanya tengok klip-klip yang sudah di edit? Setiap jalan cerita pasti ada ujian, pengajaran, iktibar dan keinsafan.

“Cuba tengok sampai episod terakhir. Dan nilailah selepas itu. Jangan terus judge macam tiada hari esok. Sampai ke personal korang sentuh,” ujarnya menerusi perkongsian di Insta Story.

Pada masa sama, pelakon itu turut mempersoalkan mengenai segelintir netizen yang turut menyentuh soal agama dan anaknya.

“Sampai mempersoalkan ‘Islam ke’?, ‘masing-masing ada anak perempuan’ sampai sentuh anak. Sorry that’s way too much guys. Baru episode berapa terus kena kecam sampai ke anak-anak.

“Ya Rabbi, yang judge semua ni rasanya bukan tengok cerita tapi tengok yang lalu dekat fyp je. Tengok cerita guys tengok isi kandung cerita guys. Agak melampau la korang yang bercakap sedap mulut ni,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button