Pelakon dan usahawan Shima Anuar memberi penjelasan berhubung ada individu yang mempersoalkan dirinya menjual kek bersaiz 6 inci dengan harga RM150.
Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi aplikasu @threads, Shima menegaskan dia meletakkan harga sedemikian bukanlah disebabkan statusnya sebagai seorang artis.
“Hi awk. Bukan.. my price bukan sbb artis ke atau apa2. I kira semua costing. My cakes bukan pakai cream biasa atau cream kosong. Bila ingredient banyak dan ingredient mahal, takkan i nak jual cake murah? Betul tak?
“Mostly yg order ramai repeat cust. Kena tanya diorg kenapa diorg repeat order. Dan semua baker tak pakai ingredients yg sama. Yg i cakap ni pasal my cake aje tau. Baker lain i tak tau macam mana,” jelasnya.
Pada masa sama, seorang pengguna threads yang menggunakan nama @cutebites mempertahankan tindakan pelakon berkenaan.
“As a baker I totally agreed with u 💯. Pelik juga bila ada Baker lain nak persoalkan harga .. Tau ke tak sebenarnya current price for ingredients yang dia guna. Korang Tau ke tak sebenarnya kira costing mcm mana .
“So if korang nak jual murah up to u guys. If nak jual mahal pun xde masalah . Kita bukan paksa org beli. Bila org dah mkn your product org Tau nak value mcm mana. Tak payah nak tertanya2 sebab retis ke tak.. ke just nak view thread je buat soalan mcm tu,” ujarnya. – KopiPlanet.com





