Penyanyi popular, Mawi mengesahkan bahawa konsertnya ‘The Journey Of Mawi World’ yang akan berlangsung pada 8 November ini akan tetap diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Mawi menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Walaupun saya join Gegar Vaganza Fantasia (GVF13) bermula 8/11 ini, konsert saya tetap Onnzzz ya di Megastar Arena KL.
“Jangan risau ya pada semua yang dah beli tiket. InsyaAllah kita jumpa di konsert Journey Of Mawi World,” tulisnya.
Sebelum ini, Astro telah mengumumkan seramai sembilan orang peserta yang akan menyertai rancangan Gegar Vaganza 13 (GV13) yang terdiri daripada bekas juara Akademi Fantasia (AF).
Selain Mawi yang merupakan pemenang bagi AF3, lain-lain peserta yang turut bersaing adalah seperti Vince, Zahid, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan Firman.
GV13 akan mula bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria mulai 8 November ini. – KopiPlanet.com





