Penceramah selebriti, PU Riz menafikan sekeras-kerasnya membuat refund tiket wayang dan baju kepada peserta setelah program keagamaannya Nunha anjuran bersama isterinya, Neelofa dibatalkan saat akhir.
Dalam satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, PU Riz menegaskan dakwaan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.
“Pertama sekerasnya saya menafikan tiada ticket wayang yang diganti. Amat memalukan claiman ini. Pihak syarikat Nunha mesti dan sedang membuat process refund. Kami tidak akan menyekat apa apa sahaja yang berbentuk sedemikian.
Benar ada persetujuan untuk tukar akad kepada Barangan tetapi itu 100% berdasarkan persetujuan pembeli. Sekirannya tidak setuju, process refund akan terlaksana secara terus.ujarnya.
Sebelum ini, pihak Nunha membuat pengumuman bahawa program keagamaan anjuran mereka yang dijadualkan berlangsung esok di Rimbunan @ Forest City Golf Hotel, Johor dibatalkan disebabkan faktor jerebu.
Dalam pada itu, Neelofa menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya memaklumkan bayaran balik penuh bagi 65% peserta sedang diproses.
“Sebanyak 20% lagi telah bersetuju untuk menukarkan bayaran mereka kepada kredit kedai dengan nilai yang LEBIH TINGGI daripada jumlah yang mereka bayar pada asalnya.
“Terdapat juga peserta yang memilih untuk membawa bayaran mereka ke acara seterusnya (carry forward payment),” jelasnya.
Menurutnya, semua pilihan ini telah ditawarkan kepada para peserta dan bukannya keputusan yang pihaknya paksa ke atas peserta.
Ujarnya lagi, setiap peserta diberikan kebebasan untuk membuat keputusan sendiri. – KopiPlanet.com





