Susulan kejayaan luar biasa penganjuran konsert Sembilu pada Februari 2026 serta sambutan hangat daripada peminat, TJTM Entertainment dengan bangganya mengumumkan kemunculan SEMBILU 2.0 THE LAST REUNION LIVE IN CONCERT.
Istimewanya, ia sebuah persembahan berskala mega yang bakal mengembalikan nostalgia fenomena filem Sembilu kepada seluruh peminat tiga artis hebat yang pernah membintangi filem berkenaan pada era 90-an.
Mengangkat tema The Last Reunion, penganjuran kali ini membawa makna yang lebih istimewa sebagai sebuah pertemuan yang dinanti-nantikan, menghimpunkan kembali kenangan yang pernah mencipta sejarah dalam industri hiburan tanah air.
Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 16 JANUARI 2027 (SABTU), bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Meneruskan momentum kejayaan edisi terdahulu, Sembilu 2.0 tampil dengan peningkatan dari segi skala produksi, konsep persembahan, susunan muzik serta pengalaman hiburan yang lebih eksklusif.
Kali ini, konsert bakal berlangsung di STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR, sebuah lokasi bersejarah yang cukup sinonim dengan penganjuran acara dan persembahan berskala besar negara.
Pemilihan venue ini mencerminkan aspirasi penganjur untuk membawa Sembilu 2.0 ke satu tahap yang lebih tinggi, sekali gus memberikan pengalaman konsert yang lebih gah, istimewa dan tidak dapat dilupakan.
Apa yang menjadikan Sembilu 2.0 lebih dinantikan adalah elemen kejutan yang bakal diperkenalkan menerusi barisan artis yang akan terlibat.
Pihak penganjur memilih untuk merahsiakan identiti barisan artis buat masa ini bagi mengekalkan elemen eksklusif dan keterujaan menjelang pengumuman rasmi.
Peminat juga boleh menjangkakan pilihan lagu yang lebih mantap, susunan muzik yang diperbaharui serta rangkaian lagu-lagu ikonik yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan filem Sembilu.

Setiap persembahan dirancang untuk menghidupkan kembali momen romantis, konflik, persahabatan dan emosi yang menjadikan Sembilu sebuah karya yang terus dekat di hati peminat sehingga hari ini.
Penganjuran Sembilu 2.0 diterajui oleh TJTM Entertainment, sebuah syarikat hiburan di bawah naungan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.
Beliau sebelum ini turut menerajui penganjuran konsert Sembilu serta 40 Dekad Fauziah Latiff yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Berbekalkan pengalaman dalam pengurusan acara, produksi dan penganjuran hiburan, TJTM Entertainment komited untuk memastikan Sembilu 2.0 menjadi sebuah produksi berkualiti tinggi yang mampu memberikan pengalaman luar biasa kepada peminat dan industri hiburan tempatan.

Sehubungan itu, jualan tiket rasmi SEMBILU 2.0 THE LAST REUNION LIVE IN CONCERT akan mula dibuka pada 27 NOVEMBER 2026 (JUMAAT), TEPAT JAM 12.00 TENGAH HARI menerusi platform tiket rasmi www.ilassotickets.com/sembilu2.
Peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati peluang menyaksikan sebuah pertemuan yang cukup bermakna ini pada 16 JANUARI 2027 (SABTU) DI STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR.
Sembilu 2.0 bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan nostalgia yang menghubungkan kenangan lalu dengan sebuah pengalaman pentas yang lebih besar. Inilah The Last Reunion sebuah pertemuan yang mungkin tidak akan berulang lagi.
MAKLUMAT JUALAN TIKET
‘SEMBILU 2.0 THE LAST REUNION LIVE IN CONCERT‘
Tarikh Konsert: 16 Januari 2027 (Sabtu)
Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Masa :8.30 Malam
Tarikh Jualan: 27 November 2026 (Jumaat)
Masa: 12.00 tengah hari
Pembelian Tiket: https://www.ilassotickets.com/sembilu2
Atas sambutan menggalakkan pada konsert Sembilu yang lalu, TJTM Entertainment menjemput anda kembali untuk meraikan filem yang pernah mencipta fenomena ini di pentas Sembilu 2.0 The Last Reunion Live In Concert.
Sebagai tanda PENGHARGAAN pihak penganjur amat prihatin dan mengambil kira perihal KESELESAAN para penonton kami, oleh itu pihak TJTM Entertainment akan memberikan keistimewaan seperti berikut:
🎁 KUSYEN SPECIAL Sembilu 2.0 akan diberikan secara PERCUMA untuk setiap pembelian tiket di luar kategori arena (Pasrah, Setiaku Di Sini, Cinta Abadi,Madah Berhelah, Puncak Kasih)
🎟️ DISKAUN 5% Early Bird selama seminggu bermula dari tarikh jualan tiket.
❤️ DISKAUN 10% untuk semua pembeli tiket konsert Sembilu yang lalu.
Ayuh bersama-sama bangkitkan semangat Sembilu 2.0 The Last Reunion!
📍 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
📅 Jualan tiket dibuka 27 November 2026, jam 12 tengah hari di Ilassotickets.




