
Sebuah aplikasi penyiaran digital, MVTV Asia diperkenalkan bagi bagi berkongsi kandungan program Malaysia ke serata Asia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sara Leana Nattaya Azmi, MVTV Asia yang akan memulakan tayangannya bermula Jun ini bermatlamat untuk menglobalisasikan kandungan tempatan
“MVTV Asia menyatukan industri pengiklanan kebebasan untuk merancangkan kempen pemasaran bersepadu yang fleksibel menerusi ‘peranti pintar’ yang disediakan oleh Mbits Digital.
“MVTV Asia merancang konsep #GLocal untuk menglobalisasi kandungan tempatan dengan menyediakan 60% kandungan pengeluaran tempatan seperti MVTV Asal Filem, MVTV Siri TV Asal, Rancangan Serbaneka dan Festival Filem Pendek Domestik ke perkhidmatan tersebut,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran MVTV Asia di Mega Star Arena, Kuala Lumpur hari ini.
MVTV Asia bekerjasama rakan penyiar di Asia seperti ZTE Corporation, MIGU China Mobile, FutureTV CCTV dan BesTV Shanghai Media Group melalui Digital One Belt One Road Initiative untuk mewujudkan pengedaran kandungan bersama serantau.
Bagi tujuan itu, MVTV telah merancang tiga program baharu iaitu YES Malaysia, Memori KampungKU dan Bintang Sejuta.
“Kalau kita perhatikan kandungan aplikasi daripada luar banyak mengetengahkan program-program dari Barat. Kami cuba buat kelainan dengan memperkenalkan tiga segmen ini.
“Sebagai contoh Memori KampingKU, kita mengajak penonton berkongsi sama pengalaman mereka di kampung masing-masing agar ia dapat memgembalikan memori buat generasi masa kini.
“Bintang Sejuta pula kami ingin mencari bakat-bakat baharu yang dapat mewarnai dunia seni. Dengan pengenalan ini, penduduk di China akan dapat lebih mengenali budaya orang Malaysia. Ini yang kami cuba usahakan,” katanya lagi.
MVTV Asia akan memulakan aplikasinya bermula Jun ini dan ia boleh dimuat naik secara percuma.
Yuran bulanan yang dikenakan pula adalah serendah RM8 sebulan bagi menonton program premium yang disediakan. – KopiPlanet.com