EventHiburan

Terus Kekal No.1, Radio Era Perkenal Enam Program Baharu

Jenama radio no.1 Malaysia, Era yang meraikan ulang tahun ke-20 baru-baru ini telah memperkenalkan enam program baharu sebagai menghargai pendengar yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka selama ini.

Pengurus Kandungan Era, Dhan Andreas berkata dengan lebih daripada enam juta pendengar setiap minggu, pemacu utama di sebalik kejayaan Era turut disumbangkan program-program terdahulu seperti Karok Selebriti Era, JoHaRa Wrestling dan Cover Star Era.

“Era tidak akan berada di sini hari ini jika bukan kerana sokongan yang diberikan peminat dan komuniti kami yang selama ini sentiasa setia berada di belakang Era, menyokong serta membantu membentuk sebuah prinsip yang ingin kami perjuangkan. Kami di Era begitu bersyukur dengan sokongan yang diberikan dan kejayaan hari ini wajar ditujukan khas kepada setiap peminat yang ada di luar sana.

“Kami sentiasa memastikan para peminat Era menjadi keutamaan apabila kami bekerja. Kehendak mereka akan dijadikan asas kepada sesebuah kandungan yang kami zahirkan. Justeru itu, kami lihat kebanyakan kempen kami yang berjaya mendapat tempat di hati peminat adalah kempen-kempen yang mengetengahkan aspek komuniti setempat dan dekat dengan hati masyarakat umum.

“Kami akan terus meraikan setiap peminat Era dengan melibatkan mereka dalam kempen-kempen utama anjuran kami di masa-masa akan datang,” katanya pada sesi briefing bersama pihak media di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Antara program baharu yang telah dirangka ialah seperti Kempen JoHaRa Tour yang mana ia menyaksikan ketiga-tiga penyampai utama Era, Johan, Hanif dan Ray akan menjelajah ke negeri Pulau Pinang pada 1 September dan Johor (15 September) untuk mencari juara U Gelak U Out.

Jika anda fasih berbahasa Melayu, selesa bekerja di hadapan kamera serta memiliki personaliti menarik, anda berpeluang menjadi wajah baharu Era menerusi kempen Digital Star Era.

Selain itu, Era turut memperkenalkan program Budak Lit Era, Parodi Lit Era, 6 Baris Lagu Hit Era dan Lirik JoHaRa yang mana pendengar berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

Selain Johan, Hanif dan Ray, Era yang berfrenkuensi 103.30 di Lembah Klang turut dibarisi penyampai seperti Dina Nadzir, Raden, Hani Fadzil dan Daniel. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button