Cerita ArtisHiburan

Kumpulan Seventeen Dilanda Ombak Tsunami Ketika Buat Persembahan

Bencana tsunami yang melanda Selat Sunda pada malam tadi turut mengejutkan industri muzik di Indonesia apabila kumpulan Seventeen serta beberapa orang kru dilaporkan hilang selepas ombak besar merempuh mereka yang sedang membuat persembahan di Pantai Tanjung Lesung Beach Resort, Banten.

Menerusi laporan Kompas.com, setakat ini kelima-lima anggota kumpulan itu, Bani (bass), Yudhi (gitar), Herman (gitar), Andi (drum), dan Ifan (vokal) serta para kru Seventeen masih belum ditemui.

Sementara itu, video yang sempat dirakam oleh orang awam yang menghadiri acara itu turut viral di Twitter yang menyaksikan Seventeen sedang mengadakan persembahan sebelum ombak tiba-tiba datang daripada belakang pentas dan menghentam pentas tempat mereka mengadakan persembahan.

Kesemua mereka yang ketika berada dipentas, termasuk ahli kumpulan Seventeen lenyap daripada pandangan akibat pukulan ombak kuat.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Seventeen pula, beberapa jam sebelum kejadian mereka turut memaklumkan kepada peminat mereka berada di Tanjung Lesung Beach Resort untuk mengadakan persembahan.

Malah, terdapat beberapa video mereka sedang mengadakan persembahan pada acara itu selain mempromosikan lagu baharu mereka, Jangan Dulu Pergi.

Reuters pula melaporkan, agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 43 orang dan mencederakan 584 orang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button