Cerita ArtisHiburan

Nora Danish Sebak Teringat Saat Melahirkan Anak Sulungnya

Setiap ibu pasti mempunyai cerita yang tersendiri ketika mengandung dan melahirkan bayi mereka. Namun, bagi Nora Danish tanggal 7 Januari merupakan suatu tarikh istimewa buatnya kerana ia merupakan tarikh kelahiran anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli.

Nora melahirkan Rayqal dalam keadaannya bergelar seorang janda sebaik diceraikan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Menerusi Instagram, Nora mengimbas kembali saat-saat melahirkan Rayqal sempena ulang tahun ke-10 kelahiran anak sulungya itu.

Nora mengakui dia sering menangis dan tiada kekuatan ketika mengandungkan Rayqal kerana dia sangat memerlukan sokongan dari keluarga dan peminat pada ketika itu.

Sementara itu, Nora meluahkan rasa syukur apabila di saat kelahiran Rayqal, individu di sekelilingnya datang membantu untuk menjaga dan memberi kekuatan padanya.

Bagi Nora, Rayqal adalah anugerah dan semangat untuk dia terus bangun menghadapi pelbagai dugaan. Walaupun telah berpisah, Nora dan bekas suaminya masih berbaik demi membesarkan Rayqal bersama.

Setelah bercerai dengan Jejai, Nora mendirikan rumah tangga dengan usahawan restoran, Nedim Nazri pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Neyqal Nedim yang akan genap berusia setahun pada Februari ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button