Cerita ArtisHiburan

Aaron Aziz Dedah Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Dirobohkan

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang pelakon popular Aaron Aziz yang memiliki sebuah pusat tahfiz yang terletak di Langkawi.

Bagaimanapun, menerusi sebuah perkongsiannya di Instagram, pelakon itu mendedahkan bahawa pusat tahfiz tersebut sudah dirobohkan.

“Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan…. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana.

“Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah (pls Jangan tanya kenapa. Anggap benda yg tak dapat kami kawal. Beyond my control),” tulisnya.

Namun begitu, pelakon tersebut tidak dapat mendedahkan punca ia dirobohkan, meskipun telah ditanya oleh beberapa rakan selebriti. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button