FilemTerkini

Aaron Aziz Puas Hati Layanan Ketika Berlakon Filem Di Hong Kong

Setelah mencipta nama yang cukup kukuh di Malaysia, kini pelakon Datuk Aaron Aziz semakin melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.

Setelah agak lama tidak kelihatan kemunculannya di layar perak, kini Aaron Aziz bakal muncul dengan sebuah filem aksi terbaharu dari Hong Kong iaitu Undercover Punch And Gun yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 Jun ini.

Menurut Aaron, dia bersetuju untuk membintangi filem arahan Philip Lui Koon-nam dan Frankie Tam kerana ingin jalan cerita, barisan pelakon yang mantap serta dalam usahanya untuk terus mengembangkan karier lakonan di luar negara.

“Bagi saya ia sebuah filem aksi yang hebat, apatah lagi dengan penampilan bintang terkenal seperti Philip Ng dan Vansess Wu yang sememangnya cukup popular dan dikenali ramai.

“Selain itu, saya anggap peluang ini seharusnya tidak dilepaskan sama sekali, apatah lagi ia sebuah filem aksi dan jalan ceritanya sangat menarik,” ujarnya yang kali kedua berlakon dengan produksi Hong Kong setelah filem Special Female Force pada tahun 2016.

Filem berkenaan mengisahkan tentang seorang pengintip bernama Wu terlibat dalam perdagangan dadah dengan gengnya dan semasa transaksi, anggota pasukan khas mengganggu operasi tersebut.

Xia adalah salah seorang peniaga dadah terbesar yang menjalankan perdagangan dadah dengan menggunakan pelayarannya, dia menangkap Wu dan mengancamnya untuk mendapatkan semula dadahnya.

Manakala Eva dan Mike, anggota pasukan khas menyertai Wu untuk mencari pembuat dadah dan mereka mengakui bahawa Xia adalah bekas ahli mereka dalam pasukan khas. Wu, Mike dan Eva telah memutuskan untuk bekerjasama untuk bertarung dengan Xia.

Menceritakan pengalamannya sepanjang penggambaran berlangsung, Aaron menyatakan semuanya berjalan dengan lancar, biarpun perlu berhadapan dengan beberapa cabaran.

“Semuanya berjalan dengan lancar sepanjang penggambaran dan layanan yang diberikan kepada semua pelakon juga adalah sama rata.

“Cuma memandangkan penggambaran banyak dilakukan di pelabuhan dan banyak kontena, keadaan agak panas dan sedikit kurang selesa dan ia memberikan cabaran tersendiri buat saya,” ujarnya yang membawakan watak bernama Top.

Menurutnya, dia sangat berpuas hati kerana sepanjang penggambaran juga kebajikannya turut dijaga dengan baik. Malah, dia turut disediakan dengan makanan halal oleh pihak produksi dan pelakon juga sangat mesra sesama mereka.

“Walaupun terdapat perbezaan terutama dari segi bahasa, namun mereka masih memberi peluang kepada pelakon Melayu seperti saya untuk berlakon dengan mereka.

“Itu adalah salah satu sebab juga saya bersetuju berlakon untuk filem ini dah mahu membuktikan yang pelakon-pelakon kita sebenarnya ramai yang hebat dan boleh menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

https://www.youtube.com/watch?v=5Fd91QC8Hsw&t=19s

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button