FilemTerkini

Abang Long Fadil 3 Tampilkan Cerita Lebih Mantap, Gandingkan Zizan Razak & Johan Selaku Teraju Utama

.Francais komedi aksi ‘blockbuster’ no 1 Malaysia, Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbarunya, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September depan. Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.

Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa gembira akhirnya filem daripada francais pecah panggung ini akan temui penonton tidak lama lagi.

“Kami percaya kini adalah masa yang tepat untuk tampilkan Abang Long Fadil 3 dan menambahkan lagi keyakinan kami apabila melihat sambutan luar biasa penonton serta peminat terhadap filem tempatan baru-baru ini. Abang Long Fadil 3 menjanjikan kelainan di mana ia mempersembahkan arah tuju yang lebih mantap.

“Peminat francais Abang Long Fadil dapat melihat transisi karya ini daripada filem pertama pada tahun 2014, kemudian sekuel pada tahun 2017 sehingga filem terbaru ini. Malah, kemunculan watak-watak baru juga turut menyerikan dan memberi nafas baru kepada francais ini. Kami harap kehadiran Abang Long Fadil 3 pada 8 September ini mampu merancakkan lagi industri perfileman Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, apa yang istimewa tentang filem berkenaan adalah dengan kemunculan pasangan Zizan dalam kumpulan Jozan iaitu Johan yang akan menjadi tarikan utama.

Ujarnya beliau, selain Zizan dan Johan, filem tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperi Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj dengan kesemua pelakon serlahkan adegan aksi yang mengujakan.

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kini tiba giliran Astro Shaw dan Skop Productions kembali selepas dua tahun dalam percaturan filem tanah air dan bersedia untuk mencipta fenomena tersendiri menerusi Abang Long Fadil 3.

“Kami juga merangka strategi pemasaran yang kreatif bagi menambahkan lagi keterujaan penonton dalam menantikan filem francais popular ini pada bulan hadapan. Sebagai permulaan, kami telah melancarkan kempen ‘Sama Tak Serupa’. 

“Kami mengharapkan Abang Long Fadil 3 yang merupakan pembuka untuk Astro Shaw selepas dua tahun, dapat membantu mengubah momentum industri perfileman ke arah satu paradigma yang baru,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button