EventHiburan

ABPBH 32 Bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’, Tampil Dua Kategori Baharu

Acara hiburan berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kini kembali menerusi edisi yang ke-32 dengan tema ‘Melangkaui Sempadan’.

Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 32, Khaidir A. Majid berkata tema berkenaan dipilih bagi mengiktiraf kejayaan artis tempatan mengangkat bakat dan kebolehan mereka, bukan sahaja di Malaysia, malah merentasi benua.

“Bersesuaian dengan tema seni sejagat, ABPBH buat kali pertama memasukkan kategori artis antarabangsa iaitu Artis K-Pop Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.

“Langkah ini diambil bagi memantapkan kandungan ABPBH yang bukan sahaja menjadi acara anugerah hiburan yang ditonton ramai peminat tempatan, malah disaksikan penduduk dunia melalui penstriman sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Ujarnya, selain dua kategori baharu itu, turut dipertandingkan 13 kategori lain iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Turut dipertandingkan Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Lima kategori online dipertandingkan iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.

“Selain trofi utama iaitu Bintang Paling Popular, ABPBH juga memberi pengiktirafan kepada anak seni yang banyak menabur jasa kepada industri seni hiburan iaitu Anugerah Sepanjang Hayat yang akan diumumkan pada malam kemuncak,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi menghangatkan lagi ABPBH 32, dua siri jelajah bersama artis dan kelab peminat turut dirancang iaitu di Komtar JBCC Johor Bahru (3 Ogos) dan Aman Sentral, Kedah (24 Ogos).

Acara kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button