• FOLLOW US
Gaya Hidup, Makan Time

Absolut Food Festival 2019 Bakal Berlangsung Di Johor Bahru

Penggemar makanan terutama di Johor Bahru berpeluang menikmati keenakan pelbagai jenis makanan di ‘Absolut Food Festival 2019 JB’ di pusat membeli belah Angsana Johor Bahru bermula 6 sehingga 8 September ini.

Festival makanan ini merupakan acara kali kedua yang dianjurkan oleh pihak Absolut Event & Management selepas menganjurkan acara sama pada bulan April yang lalu di Shah Alam serta berjaya mendapat sambutan yang luar biasa sehingga 250,000 pengunjung yang membanjiri acara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Absolut Event & Management, Nurali Nadzwan berkata, ia adalah salah satu inisiatif syarikat bagi menggalakkan usahawan muda yang mempunyai perniagaan dan ingin mencari platform yang sesuai untuk mereka ketengahkan produk makanan mereka secara meluas dan lebih dekat dengan pelanggan.

“Absolut Food Festival 2019 JB akan menonjolkan keunikan dan kepelbagaian menu hidangan makanan yang pasti akan membuatkan anda tertarik untuk mencuba dan membelinya.

“Dengan bertemakan konsep retro dekorasi yang unik jugaboleh menjadi ruang bergambar yang menarik sebagai kenangan dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini,” katanya

Bagi penganjuran kali ini, ia turut mendapat perhatian dan sokongan daripada penaja utama acara iaitu syarikat pemaju hartanah Uda Property yang merupakan salah satu syarikat gergasi yang tidak asing lagi di tanah air.

Semasa acara tersebut, terdapat lebih 150 jenis makanan termasuk makanan tempatan, makanan barat, seperti ikan bakar, kambing golek, bakso, pelbagai jenis biskut dan kek, pelbagai jenis air dan bermacam-macam lagi tersedia untuk dinikmati di ‘Absolut Food Festival 2019 JB’ yang diadakan bermula pada 10 pagi sehingga 10 atau 11 malam.

Selain itu, jenama produk makanan yang kini menjadi tular dikalangan anak muda seperti Fam Fries, 3 Budak Gemok, Otak King, Ayo Fried Chicken, Nachoslah, dan tidak ketinggalan Absolut Chocolat adalah antara menu yang menjadi tumpuan ramai pada acara yang berlangsung selama tiga hari itu.

Selain daripada itu, orang awam juga berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang pelbagai dalam satu tempat yang sama sambil dapat melihat persembahan-persembahan yang akan diadakan di pentas utama termasuk ‘meet and greet’ bersama selebriti tanah air dan juga dari Singapura.

Seramai lebih dari 170 usahawan dari Malaysia dan Singapura yang akan terlibat bagi acara ini dan ianya juga mendapat sambutan yang baik dari segi penyertaan vendor sama ada dari Malaysia atau pun Singapura. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend