• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Adik Afdlin Shauki Terlibat Kemalangan Meninggal Dunia

Adik lelaki kepada Datuk Afdlin Shauki yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini telah meninggal dunia di sebuah hospital hari ini.

Menerusi kenyataan di Instagram, Afdlin memberitahu adik lelakinya itu meninggal dunia kira-kira pukul 5.14 petang.

“Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.

“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya,” tulisnya.

Pada Ahad lalu, adik kepada pengarah dan pelakon berkenaan terlibat dengan kemalangan dan mendapat rawatan di hospital berkenaan setelah mengalami pendarahan otak.

Malah, Afdlin juga turut meminta bantuan orang ramai mengesan sebuah kereta Perodua MyVii berwarna hijau yang melanggar adiknya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend