• FOLLOW US
Event, Hiburan

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Berhasil Lahirkan Dua Orang Jutawan

Pasangan pelakon popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menyatakan mereka telah berjaya melahirkan dua orang jutawan menerusi perniagaan kosmetik yang diusahakan ketika ini.

Menurut Wawa, buat masa ini terdapat enam orang ‘leader’ yang bernaung di bawah jenama Wawacosmetics dan dua daripadanya berjaya mencatat jualan bernilai jutaan ringgit.

“Seorang ‘leader’ berjaya mencatatkan jualan melebihi RM2 juta dan seorang lagi melebihi RM1 juta. Kami menjangkakan empat lagi orang ‘leader’ akan mengikut jejak langkah yang sama.

“Bagaimanapun, ini bukan bermakna kami sudah berada dalam tahap yang selesa kerana masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan, terutama membantu stokis-stokis untuk produk kami,” ujarnya.

Wawa berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk kosmetik terbaharu edisi Wawaunicornkit yang berlangsung semalam.

Biarpun baru sahaja dilancarkan, Wawa memberitahu edisi produk berkenaan mendapat sambutan hangat apabila sudah terjual sebanyak 25,000 unit.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan mengakui turut mendapat tawaran daripada beberapa rangkaian farmasi terkenal untuk menjual produk Wawa Cosmetics.

Bagaimanapun, ujarnya buat masa ini dia dan Aeril lebih selesa untuk menggunakan sistem jualan sekarang iaitu menerusi ejen dan stokis.

“Kalau hendak difikirkan tentang pendapatan yang lebih lumayan, rasanya lebih baik kami jual secara dalam talian atau jualan di farmasi.

“Namun begitu, kami mahu mengamalkan konsep kongsi rezeki dan sebab itu kami selesa menjualnya menerusi ejen dan stokis agar dapat membantu lebih ramai orang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend