• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Afieq Shazwan Akui Masih Single, Gadis Bertudung Jadi Idaman

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan sering kali dikaitakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Wani Kayrie.

Bagaimanapun, sama ada Afieq atau Wani, keduanya-duanya mengakui bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar teman biasa.

“Apa yang saya boleh katakan sekarang ini status saya adalah single. Mengenai Wani pula memang hubungan kami hanya sekadar kawan.

“Kalau ikutkan sekarang ini kami agak dingin kerana jarang berjumpa kerana PKP. Biarpun belajar di universiti sama, kami tidak berada di fakulti sama dan jadual kelas juga berbeza,” ujarnya.

Afieq berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program Ratu Hijabista yang berlangsung pada minggu lalu.

Menurut Afieq, memandangkan usianya kini baru sahaja 23 tahun, dia seboleh-bolehnya mahu menumpukan kepada kerjaya dan pelajaran terlebih dahulu.

Ujarnya, perjalanan seninya ketika ini masih lagi panjang dan sekiranya mahu berkahwin, dia sasarkan pada usia 28 atau 29 tahun.

“Kalau ditanya tentang ciri-ciri gadis idaman saya, sudah tentu saya inginkan seorang hadis yang pandai bawa diri, bersopan santun serta syarat paling utama adalah bertudung.

“Tidak dinafikan yang ketika ini saya agak rapat dengan seorang godis bertudung, namun dia tidak dikenali dan bukan seorang artis,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend