EventHiburan

Aizat Amdan, Amira Syahira Serikan Konsert Padi Reborn

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kumpulan popular Indonesia, Padi Reborn mengadakan konsert mereka di Malaysia.

Berlangsung pada 30 Jun ini, Padi Reborn Exclusive Live In KL akan diadakan di KL Live.

Untuk menyerikan lagi persembahan mereka, Padi Reborn telah mengundang tiga penyanyi undangan untuk menyerikan lagi showcase mereka.

Kumpulan Pita Hati telah dipilih sebagai artis pembuka tirai manakala Aizat Amdan dan Amira Syahira akan bersatu dengan Padi menerusi persembahan duet.

Menurut Aizat, 29, undangan tersebut merupakan satu penghargaan buat dirinya memandangkan dia sendiri adalah peminat setia kumpulan yang cukup popular dengan lagu Menanti Sebuah Jawaban itu.

Tiket konsert masih lagi dijual dengan harga RM169 bagi tiket plantinum dan tiket Meet & Greet sebanyak RM275.

Pihak penganjur turut memberikan diskaun harga untuk dua tiket plantinum iaitu berharga RM299 bagi merancakkan lagi siri promosi konsert tersebut.

Para pelajar yang berminat untuk menonton konsert ini boleh menghubungi pihak Qew Communications Sdn Bhd di talian 013-4626891 untuk mendapatkan tiket pelajar yang dijual pada harga RM130. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button