EventHiburan

Akmar Natasha Muncul Pemenang Konsert Akhir Suara Juara 2018

Peserta Nor Akmar Natasha Hasni dinobatkan sebagai juara dalam acara konsert Akhir Suara Juara 2018 yang berlangsung gilang-gemilang di Auditorium Sultan Iskandar, RTM Johor pada 8 September lalu.

Suara Juara merupakan satu progam pencarian bakat baru dimulakan di atas talian hasil kolaborasi antara Dr.Irma Entertainment dan JohorFM.

Hadiah bagi juara merupakan sebuah piala, wang tunai RM5000 beserta kontrak rakaman bersama Dr. Irma Entertainment termasuk program promosi bernilai RM100,000.

Sementara itu, naib juara pula menjadi milik Ketty Natalia Rasul Khan dan pemenang ketiga diraih oleh Amyza Syafiqah Suhaimee.

Hadiah bagi naib juara pula merupakan sebuah piala berserta wang tunai RM3000 manakala tempat ketiga pula mendapat sebuah piala dan wang tunai RM2000.

Juri jemputan bagi konsert akhir tersebut terdiri dari penyanyi Ronnie Hussein dan A.Rahman Kamarudin, penyanyi veteran dan penggiat seni dari Johor Bahru. Peserta konsert akhir diadili dari aspek vokal, persembahan, kreativiti dan pakaian.

Nyanyian Konsert peserta-peserta konsert malam itu diiringi sepenuhnya oleh Kombo RTM, Johor yang di ketuai oleh saudara Rudy Yasmin.

Seramai enam peserta telah dipilih untuk menyertai konsert akhir tersebut iaitu Mereka adalah Nur Akmar Hasni (Penang), Ketty Nathalia Rasul Khan (Johor Bahru), Amyza Syafiqah Suhaimee (Pahang), Muhamad Taufiq Mansur (Kuala Lumpur), Wan Nur Najihah Mohammed Akhir (Kuala Lumpur) dan Nurul Aqilah Mohamad Zafri (Pahang).

Single Nur Akmar yang sedang dalam proses pembikinan merupakan sebuah lagu bergenre balada bertajuk ‘Sendiri’ dan dijadualkan dilancarkabn sebelum akhir tahun 2018.

Dalam pada itu, Nur Akmar juga telahpun menandatangani kontrak bersama Dr. Irma Entertainment dan pengurusan Leroy Crew Productions sebagai artis di bawah kumpulan itu serta kontrak rakaman lagu bagi single yang dijanjikan sebagai hadiah utama Suara Juara 2018. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button