Penerbit dan pelakon popular, Datuk A. Aida akui reda apabila filem terbaharu lakonan anaknya, Azeva tidak mendapat sambutan di pawagam.
Perkara tersebut diluahkan sendiri olehnya menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya, tetapi bersyukur lagu OST filem berkenaan iaitu Tanpa Rasa Jemu nyanyian Azeva mendapat sambutan.
“Filem BISIKAN NAFSU tidak mendapat sambutan..tapi saya redha..Allah belum nak bagi rezeki tapi allhamdulillah lagu tema Tanpa Rasa Jemu mendapat sambutan..
“Allah bagi kat situ..buat filem macam tulah kena gamble..tak boleh menaruh harapan..,” ujarnya.
Bisikan Nafsu terbitan Hello Production Sdn. Bhd. yang juga merupakan syarikat produksi milik Azeva yang telah ditayangkan sejak 1 Oktober lalu.
Pada masa sama, A. Aida menyatakan akan mengumumkan nama pemenang yang telah menyertai pertandingan yang dianjurkan berkenaan filem tersebut.
“Nov nanti saya akan umum kan siapa yang menang hadiah dan tq pada semua yang support dan pada yang tak support pun tq jugak…semoga Allah permudahkan urusan kita semua..amin,” ujarnya. – KopiPlanet.com





