Cerita ArtisHiburan

Amir Masdi Nekad Mahu Tebus Kekecewaan Dengan Single Puas

Juara Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Amir Masdi mahu mengubat kekecewaan dengan single terbaharunya, Puas setelah single keduanya sebelum ini iaitu Waktu kurang mendapat sambutan.

Amir berkata, disebabkan kekecewaannya itu dia mengambil keputusan untuk lebih banyak mendiamkan diri serta tidak aktif di laman sosial.

“Saya sendiri selalu tertanya-tanya apa kekurangan apabila single kedua saya kurang menjadi. Kadang-kadang agak terasa juga apabila melihat kebanyakan rakan-rakan seangkatan lain semasa AF 2016 lebih menyerlah.

“Sehinggakan saya boleh dikatakan agak kurang upload gambar atau balas komen di laman sosial dan lebih banyak menyendiri, tetapi tidaklah sehingga tahap depresi,” jelasnya.

Amir berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single terbaharu berjudul Puas yang berlangsung di Red Box, The Gardens Mall semalam.

Menurutnya, disebabkan itu untuk muncul dengan single terbaharu dia tidak mahu terlalu terburu-buru dan mahu memilih lagu yang bersesuaian agar ia mampu menaikkan namanya.

“Sebelum ini saya ada menerima beberapa buah lagu, tetapi ia tidak memuaskan hati saya. Sehinggalah saya mendengar melodi untuk lagu Puas ini.

“Kali pertama mendengarnya sewaktu di studio, saya terus ambil keputusan untuk pilih lagu ini sebagai single terbaharu saya,” ujar penuntut separuh masa Universiti Utara Malaysia itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada kehadiran ramai penyanyi baharu yang digelar BBNU memberi impak terhadap kerjaya nyanyiannya serta selaku juara program realiti yang cukup popular, penyanyi itu menganggap ia ada pro dan kontranya.

“Bagi saya, kami boleh bergaul dengan baik antara satu sama lain memandangkan umur yang agak sebaya. Dalam masa yang sama, kami boleh saling membantu antara satu sama lain.

“Cuma dari segi kontranya pula kami juga perlu bersaing sesama sendiri untuk memikat hati pendengar netizen,” ujarnya.

Bagaimanapun, Amir mempunyai keyakinan bahawa dengan kemunculan single terbaharu ini mampu untuk memikat hati para peminatnya untuk menggemari lagu berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button