• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Anak Aamir Khan Ikut Jejak Langkah, Bergelar Pengarah Teater

Anak perempuan pelakon dan pengarah Aamir Khan, Ira Khan nampaknya mengikut jejak langkah bapanya dalam bidang seni apabila dia baru-baru ini teruja berkongsi cerita bakal mengarahkan sebuah pementasan teater berjudul Medea.

Ira, 22, berkongsi maklumat lanjut berhubung karya arahannya itu menerusi satu muat naik di laman Instagram memaparkan poster teater Medea.

Teater itu diterbitkan oleh syarikat produksi pelakon Sarika, Nautankisa. Ira turut berkongsikan sebuah video yang mana dia berkata, “Ia benar-benar berlaku dan bukan lagi hanya mimpi dalam fikiran saya.”

Aamir Khan yang merupakan hero Bollywood sezaman dengan Shah Rukh Khan dan Salman Khan sebelum ini pernah mengarahkan filem Taare Zameen Par yang diterbitkan pada 2007. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend