EventHiburan

ANAM 2020 Terima 585 Penyertaan, Sembilan Kategori Dipertandingkan

Acara sulung Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM 2020) kini semakin menghampiri kemuncaknya apabila ia akan berlangsung buat julung kalinya pada 27 Disember ini secara langsung di TV1 pukul 9.00 malam.

Acara bersejarah ini dianjurkan oleh MUNSYID Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) manakala RTM dipilih sebagai penyiar rasmi.

Selain itu, ia turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP sebagai rakan strategik ANAM 2020.

Ini adalah kali pertama sebuah acara anugerah nasyid dianjurkan dengan penuh berprestij dengan penglibatan dan sokongan dua kementerian. Pastinya ia dianggap oleh peminat dan aktivis nasyid Malaysia sebagai  satu bentuk penghormatan dan pengiktirafan tertinggi bagi penggiat industri nasyid tempatan oleh pihak kerajaan.

ANAM 2020 akan dihoskan oleh pengacara popular Farah Fauzana yang bergandingan bersama artis nasyid terkenal Hafiz Hamidun. Dengan pengalaman luas Farah dalam bidang pengacaraan dan pengetahuan mendalam Hafiz dalam industri nasyid tanah air, pastinya gandingan ini akan menawarkan sesuatu yang berbeza dan unik pada malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 nanti.

Untuk acara kemuncak itu juga menampilkan persembahan istimewa daripada barisaan artis nasyid popular tanah air seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam.

Tidak ketinggalan ANAM 2020 turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, Colour of Voices dan ramai lagi.

Sementara itu, antara selebriti yang bakal tampil di pentas ANAM 2020 sebagai penyampai anugerah pula adalah Altimet, Datuk Nash, Along Exists dan IM Ashraf.

ANAM 2020 telah menerima 585 penyertaan bagi  sembilan kategori yang dipertandingkan iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Lirik Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Nasyid Terbaik, Vokal Nasyid Terbaik , Rakaman Lagu Nasyid Terbaik, Video Muzik Nasyid Terbaik , Artis Nasyid Pilihan, Artis Nasyid Baru Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan.

Manakala dua lagi kategori iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Khalifah pula adalah anugerah khas yang dikhususnya kepada individu atau kumpulan yang telah memperoleh pencapaian tertinggi yang dinilai oleh panel khas yang dilantik Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020.            

Lebih menarik lagi, untuk tiga kategori undian peminat iaitu Artis Nasyid Pilihan, Artis Baru Nasyid Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan, 8 finalis bagi setiap kategori telah disenarai pendek untuk diundi oleh para peminat masing-masing bermula 17 Disember 2020 di laman sesawang www.anam.my

Bagi enam kategori yang dinilai oleh juri professional pula, tiga finalis bagi setiap kategori akan diumumkan pada 21 Disember ini selepas berakhirnya proses penjurian oleh barisan juri professional. 

Sila layari website www.anam.my atau instagram anam.my dan facebook page Anugerah Nasyid Malaysia untuk perkembangan terkini ANAM 2020. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button