Cerita ArtisHiburan

Artikel Media Korea Selatan Lonjak Populariti Kumpulan Dolla

Sering kali dikaitkan meniru imej kumpulan K-Pop terkenal Blackpink, nama Dolla baru-baru ini menjadi perhatian media dari Korea Selatan.

Portal hiburan antarabangsa terkenal Korea Selatan, Allkpop menyentuh mengenai perbandingan kumpulan Dolla yang menafikan mereka meniru Blackpink seperti mana yang diperkatakan ramai.

Susulan pendedahan artikel itu, muzik video single pertama Dolla, Make You Wanna telah mencatatkan peningkatan mendadak dengan lebih 80,000 tontonan setakat ini.

Selepas Make You Wanna, Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby akan tampil dengan single kedua mereka, Impikan yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Dolla bernaung di bawah Universal Music Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
7
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button