• FOLLOW US
Event, Hiburan

Artis Popular Bakal Meriahkan Karnival Star Vendors Fest Di PWTC

Acara karnival jualan Star Vendors Fest yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 hingga 27 Mei ini bakal dimeriahkan dengan penyertaan barisan artis tempatan tanah air.

Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors Fest, Ifa Raziah berkata, setakat ini seramai 36 artis yang sudah mengesahkan untuk menyertai karnival jualan yang berlangsung selama 72 jam tanpa henti itu.

“Biarpun ini merupakan kali pertama saya menganjurkan karnival jualan ini, namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila sudah 60% peratus tapak jualan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah disewa.

“Selain itu, saya juga mendapat sokongan daripada ramai rakan artis dan saya masih lagi membuka peluang kepada sesiapa sahaja rakan artis yang berminat untuk menyertainya,” ujar Ifa.

Ifa berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Star Vendors Fest yang berlangsung di PWTC semalam dan turut dihadiri artis dan vendor.

Antara barisan artis yang turut terlibat antaranya seperti Anuar Zain, Datuk Rosyam Nor, Mustapha Kamal, Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Menurut Ifa, antara keistimewaan karnival berkenaan apabila ia akan dibuka selama 72 jam, di mana pengunjung boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

“Selain jualan sempena sambutan Aidilfitri terdapat pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik, termasuklah cabutan bertuah kepada para pengunjung,” ujarnya.

Ketika ini, masih ada lagi ruangan jualan yang disewa dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 012-2269427 (Fazli Zainal) atau menerusi emel fazlizainalstarvendors@gmail.com. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend