EventHiburan

Artis Popular Tanah Air Bakal Meriahkan Acara Freedom Festival

Barisan artis popular tanah air seperti Hujan, Kugiran Masdo, Yuna, Datuk Zainal Abidin, Bittersweet, Reshmonu, Aman RA, Salam Musik, Plague of Happiness, DJ Blink, Pesawat, Mafidz dan Ryot Jones bakal memeriahkan acara Freedom Festival.

Bakal berlangsung pada 3 November ini, Freedom Festival yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara Bsynclive Sdn. Bhd. itu merupakan acara yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Pihak penganjur, Adam Sofian dan Shamil Yusof dalam satu kenyataan menyatakan bahawa penganjuran acara berkenaan diadakan bagi menghimpunkan semua peringkat masyarakat berbilang kaum sekali gus memupuk perpaduan untuk semua pengunjung.

“Freedom Festival merupakan sebuah perhimpunan untuk semua rakyat Malaysia bagi memupuk pepaduan dan keharmonian yang kita nikmati sebagai sebuah negara.

“Selain itu, acara ini juga merupakan platform untuk persembahan muzik, pilihan makanan yang menarik dan pelbagai aktiviti yang menarik perhatian ramai,” ujarnya.

Menurutnya, penaung bagi acara berkenaan adalah Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail, manakala Pertubuhan Prihatin Harapan Insan merupakan NGO rasmi bagi Freedom Festival yang akan diadakan di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur bermula pukul 10 pagi hingga tengah malam.

Adam berkata, penganjuran festival sepanjang hari itu akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Antaranya pembukaan gerai makanan, pameran seni dan karya grafiti, pameran pesawat udara dan persembahan artis.

“Kami sentiasa percaya rakyat Malaysia ada kebebasan untuk meraikan perpaduan tidak kira dalam apa jua bentuk sekali pun. Harapan kami agar pengunjung yang datang dapat menikmati acara yang disediakan tidak kira muzik, makanan, gerai jualan dan pameran. Sekali gus dapat merasai nikmatnya perpaduan antara semua bangsa.

“Menariknya, festival ini tidak dikenakan sebarang bayaran kerana kami mahu pengunjung hadir dan menikmati acara yang disediakan dengan bebas,” ujarnya yang meletakkan sasaran kehadiran seramai 50,000 pengunjung pada hari tersebut.

Bagi acara muzik, Freedom Festival membariskan nama-nama artis popular yang akan membuat persembahan pada hari itu bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir memeriahkan suasana.

Ditanya tentang lokasi, Shamil pula menjelaskan bahawa pemilihan Bandar Malaysia dibuat kerana tempatnya yang unik dan mempunyai tarikan tersendiri.

Ujarnya, ia merupakan lapangan terbang pertama dibina di negara ini dan merupakan lokasi ikonik bagi rakyat Malaysia sendiri.

“Bandar Malaysia mempunyai nilai sentimental buat rakyat Malaysia sebab di sini terdapatnya kapal terbang tertua negara iaitu Rajawali yang mempunyai sejarah besar untuk negara. Ia juga akan dibuka kepada pengunjung pada hari itu.

“Malah di sini ada pelbagai kemudahan mesra acara yang akan memudahkan perjalanan festival itu berlangsung sepanjang hari,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Freedom Festival, sila layari www.freedomfestivalmalaysia.com. Bagi pengunjung yang hadir pada hari tersebut, penganjur ada menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari Pasar Seni ke lokasi festival selain khidmat pengangkutan Grab. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button