• FOLLOW US
Event, Hiburan

Atas Permintaan Ramai, Konsert M. Nasir Ditambah Lagi Sehari

Mendapat sambutan hangat dengan jualan tiket yang sold out, Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan akan ditambah satu hari lagi.

Ia bermakna, konsert yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 November 2019 itu akan turut berlangsung pada 24 November.

“Alhamdulillah, atas permintaan ramai yang menyebabkan penambahan malam kedua pada 24 November ini. Mungkin kerana peminat sudah lama tidak menyaksikan konsert solo saya.”

“Jadi saya rasa inilah masanya buat para peminat yang sebelum ini sedih dan mengeluh kerana malam pertama Sold out untuk mendapatkan tiket mereka dengan kadar segara. Dua malam untuk sama-sama menyusuri 40 tahun perjalanan muzik saya dalam satu hikayat,” ujarnya.

Konsert anjuran Shiraz Projects itu adalah bersempena meraikan lebih empat dekad perjalanan seni Datuk M. Nasir yang bermula sejak tahun 1979.

Beliau akan menyanyikan lebih 20 buah lagu untuk konsert berkenaan, termasuk lagu-lagu ciptaannya untuk penyanyi lain dan akan dinyanyikan khas untuk peminat yang datang pada malam konsert itu nanti.

Tiket berharga RM860 (meet & greet), RM460 (Diamond), RM360 (Plantinum), RM260 (Emas), RM200 (Perak) dan RM160 (Gangsa) boleh didapati menerusi www.myticket.asia atau melalui talian hotline 03-86050195. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend