FilemTerkini

Athigaari Papar Kisah Seorang Polis Menjejak Pembunuh Misteri

Bersempena dengan sambutan Deepavali yang akan diraikan masyarakat India tidak lama lagi, Astro Shaw membawakan buat pertama kali sebuah filem Tamil, Athigaari terus ke pawagam rumah anda, Astro First.

Mula ditayangkan pada 11 November 2020 di saluran 480, menariknya filem suspen thriller ini memaparkan kisah siasatan seorang polis dalam menjejak pembunuh misteri.

Penerbit Filem Athigaari, Nanthini Ganasen berkata, Filem berkenaan pada mulanya dirancang untuk tayangan di pawagam pada bulan Mac lalu, namun ia ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 ia terpaksa ditunda.

“Kini filem Athigaari akhirnya akan menemui penonton dan lebih istimewa di hari perayaan Deepavali.

“Filem ini sesuai untuk tontonan semua peringkat usia dan tidak
hanya untuk peminat filem Tamil sahaja, tetapi buat semua penonton berbilang bangsa,” ujarnya.

Menurut Nanthini, antara kelainan dalam filem ini adalah watak utama
membawakan karakter yang menggunakan bahasa isyarat tangan sebagai salah satu medium berkomunikasi.

“Kami berharap dengan kehadiran filem Athigaari, ia mampu mengisi masa lapang penonton serta menceriakan lagi Deepavali anda dengan berhibur dengan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar.

“Bagi kami sokongan penonton terhadap filem sebegini amat penting dalam
usaha memastikan filem Tamil terus ‘bernafas’,” ujarnya.

Sepanjang 2 jam 9 minit, penonton bakal menikmati emosi berbeza menerusi babak aksi, suspen, komedi, romantik dan menyentuh perasaan. Malah melengkapkan lagi jalan cerita, turut diselitkan babak nyanyian dan menari.

Setiap susunan filem telah mendapat sentuhan hebat oleh pengarah Kabilan Plondran yang juga merupakan Pengarah Tebaik menerusi filem Jhangri di Anugerah Tamil Kalainyar 2018. Rata-rata peminat juga tdak sabar menantikan kehadiran filem ini, lebih-lebih lagi setelah menonton teaser rasmi yang telah dikongsikan di platform Youtube oleh pihak penerbit.

Sementara itu, mutu lakonan setiap pelakon telah mendapat khidmat tunjuk ajar daripada guru lakonan Fared Ayam atau nama sebenarnya Mohd Fared Jamaluddin. Nama beliau ternyata tidak asing dalam industri seni di mana beliau juga adalah guru lakonan untuk filem Polis Evo 2 dan turut aktif terlibat dengan pengarahan serta lakonan teater.

Setiap watak telah digerakkan dengan baik oleh barisan pelakon berbakat besar dan popular seperti Bala Ganapathi William, Karnan Kanapathy, Nanthini Ganasen, Sasikumar Kandasamy, Sri Kumaran Munusamy, Thilaag Nair, Akshara Nair, Vishalini Siva, Kuben Mahadevan, Pramilla, Saha, Havoc Jega dan Khirthy. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button