• FOLLOW US
Gaya Hidup, Makan Time

ATSKY Sajikan Makanan Barat & Tempatan Dengan Harga ‘Kedai Mamak’

Restoran ATSKY yang terletak di atas bumbung pastinya mampu menjadi sebuah restoran serta lokasi majlis keraian yang sangat menarik dan kini telah dibuka di Kota Damansara.

Dengan rekaan suasana yang pelbagai menerusi gabungan dengan ruang berhawa dingin, ruang terbuka dan ruang majlis keraian, ATSKY sangat sesuai dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Malah, dengan lokasi yang sebegitu pastinya ia sesuai sama ada untuk bersantai, makan bersama keluarga dan menyambut keraian termasuk majlis hari jadi hingga keraian besar seperti kenduri kahwin dengan rekaan tempat yang sangat eksklusif bertaraf lima bintang.

Lebih menarik lagi, mereka turut menyediakan cef-cef berpengalaman dari hotel-hotel terkemuka. ATSKY telah menawarkan pelbagai menu dari makanan barat ke makanan tempatan pada harga yang sangat berpatutan sebanding ‘kedai mamak’, jadi pelanggan tidak perlu bimbang untuk berbelanja.

Pengarah urusan ATSKY, Ali Ikhwan berkata, “Kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan-rakan menegur harga yang di tawarkan adalah murah di bandingkan dengan apa yang kami sediakan.

“Namun, saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin diberikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat dinikmati golongan berpendapatan tinggi.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Restoran ATSKY yang berlangsung pada minggu lalu.

Turut hadir ke majlis restoran berkenaan yang berkeluasan 13,000 kaki persegi itu adalah pengacara dan selebriti popular iaitu Datuk AC Mizal.

Menurut Ali, antara menu signature ATSKY adalah Meltique Beef Steak, sesuai dengan konsep mampu milik untuk dinikamti pelanggan.

“Bagi yang telah merasai Meltique Beef Steak di ATSKY, mereka mengakui ia memiliki rasa setanding daging Wagyu iaitu daging paling bernilai di dunia, namun harga yang ditawarkan adalah lima kali ganda lebih murah jika dibandingkan dengan Wagyu,” jelasnya.

ATSKY dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam semasa tempoh PKPP dan operasi akan dilanjutkan hingga jam 2.00 pagi selepas kebenaran diberikan.

Bagi yang berhajat mengunjugi ATSKY boleh ke Roof Garden, Tingkat 3A, Dataran Cascades, PJ. Ia terletak bersebelahan dengan pasaraya Giant Kota Damansara. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend