• FOLLOW US
Event, Hiburan

Aura Tersendiri Laksamana Metal Dua Generasi Wings Dan Bunkface

Mantap dan bertenaga! Itulah yang dapat digambarkan terhadap persembahan dua kumpulan terkenal tanah air Wings dan Bunkface menerusi Konsert Laksamana Metal 2019.

Menggabungkan dua generasi kumpulan lama dan baharu, ternyata konsert yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lalu memberi aura tersendiri.

Dengan disaksikan kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri Dewan Merdeka, ternyata tindakan penganjur yang menggabungkan Wings dan Bunkface dalam satu konsert merupakan satu pilihan yang tepat.

Bermula kira-kira pada pukul 9.00 malam, acara dimulakan dengan persembahan silat, sesuai dengan tema konsert yang memaparkan semangat kepahlawanan Melayu.

Kemudian acara sebenar bermula dengan penampilan kumpulan Bunkface yang tampil menerusi lagu Ingatkan Dia sebagai acara pembukaan.

Selain itu, Bunkface mempersembahkan lagu-lagu popular mereka seperti Malam Ini Kita Punya, Rentak Laguku, Setiap Malam Aku Bersamamu, We’re Gonna Be Alright, Darah Muda, Extravaganza, Panic dan Revolusi.

Menariknya, kumpulan yang dianggotai tiga anak muda iaitu Sam, Paan dan Youk itu turut mempersembahkan lagu popular kumpulan Wings berjudul Bernafas Dalam Lumpur.

Setelah beraksi selama sejam menghiburkan peminat yang datang, tiba pula giliran kumpulan Wings untuk menggamatkan suasana Dewan Merdeka.

Membuka tirai persembahan dengan lagu Inspirasi Taming Sari, ternyata Awie dan ahli kumpulan Wings lain tidak mengecewakan peminat dengan aksi yang menakjubkan.

Malah, pujian juga wajar diberikan kepada Awie yang masih mampu memberikan persembahan yang memukau, meskipun mengalami kecederaan kaki beberapa hari menjelang konsert.

Pada malam itu, Wings mempersembahkan sebanyak 14 buah lagu seperti Awang Trasher, Romania, Sekeping Kertas Bermaruah, Kembalilah, Sayap Ilusi, Situasi (lagu Bunkface), Jerangkap Samar, Lipas Kudung, Gemala Saktiku, Bujang Senang, Jerangkung Dalam Almari dan Sejati.

Acara konsert pada malam itu diakhiri dengan persembahan lagu Peronda yang menampilkan gabungan Wings dan Bunkface sebagai penutup tirai. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Maestro Ridwan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend