Cerita ArtisHiburan

Awal Ashaari, Scha Alyahya Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Pasangan pelakon popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengumumkan berita gembira apabila bakal mendapat cahaya mata kedua.

Menariknya, ia telah diumumkan sendiri oleh anak mereka, Lara Alana menerusi satu video yang telah dimuat naik di Instagram milik Awal.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now. Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga,” tulisnya.

> Baca: Empat Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Hati Amelina Kini Sudah Dimiliki

Menerusi video tersebut, Lara turut menunjukkan alat ujian kehamilan sambil mengatakan ibunya telah hamil dan akan menjaga adik lelakinya nanti. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button