Cerita ArtisHiburan

Babak Ranjang, Nadia Brian Tak Kisah Dikecam Penonton

Pelakon yang semakin meningkat naik, Nadia Brian menyatakan dia tidak kisah dan bersedia dikecam penonton berhubung babak ranjang yang dilakonkannya dalam filem Blok 404.

Nadia berkata, babak berkenaan sepatutnya tidak dijadikan isu memandangkan ia ditapis dan menggunakan trick kamera hasil kreativiti pengarah iaitu Isma Yusof.

“Bagi saya penonton sekarang lebih bijak untuk menilai sesuatu karya. Lagipun babak yang saya lakonkan bersama Amar Asyraf tu tidak melampaui batas dan kami berbincang terlebih dahulu sebelum melakukannya.

“Kalau diikutkan memang agak berdebar juga, apatah lagi isteri Amar turut ada semasa penggambaran babak tersebut. Namun, apa yang kami lakonkan ini sekadar mengikut jalan cerita dan karakter yang dibawa,” jelasnya.

Nadia berkata demikian ketika ditemui KopiPlanet.com semasa sesi ramah mesra bersama barisan pelakon filem Blok 404 yang berlangsung semalam.

Menerusi filem berkenaan, pelakon tersebut membawakan watak seorang gadis bernama Intan yang berperwatakkan nakal dan urban dalam kalangan rakan-rakannya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang cabaran berlakon dalam filem berkenaan, Nadia memberitahu antara cabarannya ialah apabila penggambaran dilakukan pada bulan Ramadan tahun lalu.

“Selain itu, karakter yang dibawakan juga memberikan cabaran tersendiri buat diri saya. Namun, saya banyak menonton filem-filem thriller luar negara untuk dijadikan rujukan.

“Apa pun saya memang tidak sabar menantikan filem ini ditayangkan di pawagam. Jadi, saya nak menyeru agar ramai-ramai menonton filem ini yang bakal memulakan tayangan pada 28 Jun ini,” ujarnya.

Selain Nadia, filem Blok 404 turut dibintangi beberapa pelakon popular lain seperti Fasha Sandha, Raja Azrey, Nur Risteena Munim, Kamal Adli, Zamarul Hisham dan Datuk Boy Iman. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button