Cerita ArtisHiburan

Bawa Watak Nama Hani, Janna Nick Tersalah Sebut Nama ‘Lisa’ Ketika Promosi Filem Terbaharu

Pelakon Janna Nick berdepan insiden melucukan apabila tersalah menyebut nama watak yang dibawakannya dalam filem Selamat Hari Tak Jadi ketika mempromosikannya di rancangan MeleTOP.

Ketika bersiaran langsung, pelakon berkenaan telah menyebut nama ‘Lisa’ iaitu watak yang dibawakannya dalam filem berkenaan.

Bagaimanapun, kesilapan tersebut telah diperbetulkan oleh pelakon Zalif Sidek yang memaklumkan bahawa nama watak Janna dalam filem berkenaan adalah Hani.

“Pembetulan… pembetulan, tadi saya dengar Janna kata Lisa, salah nama dia Hani, bukan Lisa,” ujar Zalif.

Ternyata insiden tersebut hanya membuat pelakon berkenaan hanya mampu ketawa dan sempat dicelah oleh Datuk Aaron Aziz yang turut berlakon dalam filem berkenaan.

Sebelum ini, Janna berhadapan dengan kontroversi bersama peminat Kpop berhubung dengan nama Lisa Blackpink sehingga mencetuskan kemarahan netizen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
2
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button