• FOLLOW US
Event, Hiburan

Belum Dapat Tarikh Baharu, Konsert 4G’s Mungkin Hujung Tahun Ini

Umum sedia mengetahui Konsert 4G’s – Gabungan Melodi Terindah yang ditunjangi empat penyanyi berbakat besar, Black, Tomok, Hazama & Akim telah pun ditunda ke satu tarikh baharu berikutan penularan pandemik Covid-19 pada Mac lalu.

Konsert asal sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 17 & 18 April lalu di Panggung Sari, Istana Budaya.

Berikutan itu, keempat-empat selebriti itu menyatakan ‘keresahan’ mereka untuk segera bertemu peminat yang telah membeli tiket demi merealisasikan konsert tersebut.

Selaku penganjur, Ketua Eksekutif Belbis Sdn. Bhd, Fandy Alis berkata, “Seperti yang diketahui akibat wabak Covid19 ini konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April lalu , telah ditunda kepada satu tarikh yang baru yang sedang di kenal pasti.”

“Sekiranya keadaan diumumkan pulih oleh pihak kerajaan dalam masa terdekat, kemungkinan besar konsert 4G’s akan dapat diadakan pada penghujung tahun ini.

“Bagaimanapun pihak pengurusan Belbis Sdn Bhd masih menunggu kata putus dari pihak Istana Budaya dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancungan (MOTAC) yang sedang menguruskan persediaan yang perlu untuk semua pengunjung dan penonton sesuai dengan syarat dan prosuder (SOP) yang ditentukan kerajaan. Satu pengumuman rasmi akan di buat berkenaan tarikh baru Konsert 4G’s setelah mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa,” katanya.

Konsert yang menggabungkan empat penyanyi lelaki bervokal hebat itu akan diperindahkan lagi dengan susunan muzik daripada pengarah muzik berpengalaman, Aubrey Suwito.

“Saya juga ingin memaklumkan kepada semua peminat yang telah membeli tiket, ianya masih tetap sah dan boleh digunakan pada tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

“Pihak penganjur dan semua artis 4G’s dengan rendah hati memohon maaf serta terimaksih kepada semua peminat, penaja dan semua pihak terbabit yang telah bersabar dan terus menyokong Konsert 4G’s ini. Diharapkan dengan doa dan sokongan berterusan dari peminat dan semua pihak, segala perancangan yang sedang di atur akan dipermudahkan dan berjalan lancar dalam waktu terdekat,” kata Fandy lagi.

Untuk pertanyaan dan sebarang informasi terkini peminat boleh menghubungi penganjur di talian 018-2488184 atau email ke belbissdnbhd@gmail.com. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend