Cerita ArtisHiburan

Berkat Doa Serta Manjakan Ibu & Bapa, Mas Khan Kini Berhasil Beli Kereta Mewah Jenama Porsche

Pelakon popular Mas Khan telah berkongsi video di mana dia telah berhasil untuk membeli sebuah kereta mewah jenama Porsche.

Menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagram miliknya, pelakon itu turut dilihat ditemani ibunya di sebuah kedai menjual kereta.

“Syukur Alhamdulilah terima kasih ya Allah ini berkat doa ibu, berkat saya manjakan ibu dan bapa saya, berkat saya happykan keluarga, rahmat ini saya dapat nikmat ini semua kerana Dia.

“Betul tuhan tak biarkan hamba dia sendirian,dengan usaha semata-mata kita boleh ubah hidup kita sekelip mata dgn izin Dia dan berkat keluarga kita. Yang penting kita ‘Berkehendak Ingin Kan sesuatu’ kita mampu capai InshaAllah,” ujarnya.

Dalam video berkenaan juga, Mas Khan menyatakan bahawa pencapaiannya sekarang ini adalah hasil kerja kerasnya selama ini.

Jelasnya, bermula dengan membeli kereta proton Wira, kemudian menukarnya dengan Hyundai Elantra dan Mercedes sehinggalah kini dia membeli Porsche. 

“Sabarlah dalam perjuangan,sabarlah bila jatuh dan sabarlah bila hendak meniti jalan, yang menang selalu di akhir cerita.

Bukan Porsche yang ingin saya sampaikan, tapi value of the Porsche yang buat saya menilai hidup dari perspektif yang berbeza. Family first,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button