• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Bermula Dengan Busking, Synopsis Tampil Dengan Single Cintamu Berubah

Bermula dengan aktiviti busking sekitar Lembah Klang kira-kira tiga tahun lalu, kumpulan Synopsis yang dianggotai tiga orang pemuda kini tampil dengan single Cintamu Berubah.

Dianggotai oleh Muhammad Huzaifah Selamat atau Khuza selaku vokalis, Mohd. Zafran Syukur atau Zafran (gitaris) dan Mohamad Iskandar Mohd. Hanafi atau Iskandar (drummer), Synopsis yang ditubuhkan pada tahun 2017 kini bernaung di bawah syarikat Angsana Music Group.

Mengimbas semula tentang penubuhan Synopsis, mereka mula mendapat perhatian apabila Khuza yang memuatnaik video dia menyanyikan lagu Madah Berhelah di majlis perkahwinan sepupunya telah menjadi tular di Facebook.

Ternyata video berkenaan telah mendapat perhatian daripada Radzuan selaku pengarah Angsana Music Group sehinggalah tertubuhnya kumpulan Synopsis.

Untuk permulaan, Synopsis memilih genre slow rock dan rock balada telah mempertaruhkan single Cintamu Berubah dalam usaha untuk memikat pendengar muzik tanah air.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Razif dari kumpulan Projector Band adalah satu titik permulaan untuk Synopsis menempa nama dalah industri muzik tanah air .

Ternyata single yang sudah dipasarkan pada bulan lalu itu menjadi kayu pengukur untuk melihat sejauh mana penerimaan peminat terhadap kemunculan mereka.

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pendengar sangat positif, Synopsis menyasarkan single terbaharu mereka itu sekurang-kurangnya mampu menduduki carta radio tempatan. – KopiPlanet.com

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend