
Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik: Isu Macklemore Menghidupkan Semula Kata-Kata Amy Lee
Apabila Macklemore digugurkan daripada baki jelajah Ed Sheeran selepas kenyataan pro-Palestinnya, apa yang berlaku selepas itu menjadi lebih besar daripada kontroversi seorang rapper.
Beberapa artis termasuk Finneas, Lukas Graham, Aaron Rowe dan Beoga kemudiannya menarik diri daripada jelajah berkenaan sebagai tanda solidariti. Ed Sheeran pula menjelaskan bahawa keputusan menggugurkan Macklemore bukan dibuat olehnya secara peribadi.
Tiba-tiba, dunia muzik kembali bercakap tentang satu persoalan lama: Adakah seorang artis hanya perlu menyanyi atau ada masanya mereka perlu bersuara?
Menariknya, beberapa minggu sebelum isu ini meletus, Amy Lee dari Evanescence sudah pun bercakap tentang perkara yang hampir sama.
Dalam temu bual bersama The Guardian pada Ogos lalu, Amy bercakap mengenai muzik, kemanusiaan dan keengganannya untuk terus berasa perlu berdiam diri apabila berdepan isu besar dunia.

Album terbaru Evanescence, Sanctuary, juga menyentuh tema penyembuhan, ketidakadilan sosial dan keberanian berdepan realiti yang sukar.
Amy Lee tidak menyebut Macklemore atau Palestin secara khusus dalam temu bual itu.
Namun dalam suasana industri muzik hari ini, kata-katanya terasa lebih relevan.
Kerana kadang-kadang muzik bukan sekadar muzik. Ia juga tentang suara, kemanusiaan dan keberanian untuk tidak terus diam.
Dan November ini, suara itu akan berada di Kuala Lumpur.
Evanescence akan membuat persembahan di National Hockey Stadium, Bukit Jalil pada 28 November 2026 bersama special guest Poppy, satu-satunya persembahan mereka di Asia Tenggara.
Untuk mereka yang membesar dengan Bring Me To Life, Going Under dan My Immortal, ini mungkin tentang nostalgia.
Untuk generasi hari ini, mungkin ia juga tentang melihat seorang artis yang masih percaya muzik mempunyai makna lebih besar daripada sebuah pentas.
Evanescence Live in Kuala Lumpur 2026
- 28 November 2026
- National Hockey Stadium, Bukit Jalil
- Special Guest: POPPY
- The Only Southeast Asia Show
- Baki tiket kini terhad.
November ini, mungkin kita bukan sekadar datang untuk mendengar Amy Lee tetapi untuk memahami kenapa suara itu masih penting. – KopiPlanet.com



