AntarabangsaBollywood

Bintang Ternama Bollywood, Irffan Khan Meninggal Dunia Akibat Kanser

Bintang ternama Bollywood yang mencipta nama di Hollywood, Irffan Khan telah disahkan meninggal dunia pada usia 53 tahun akibat penyakit kanser.

Irffan sebelum ini telah dikesan mempunyai ketumbuhan neuroendokrin pada tahun 2018 dan telah dimasukkan ke Hospital Mumbai baru-baru ini akibat jangkitan pada usus besar.

“Irrfan merupakan seorang insan yang dikenali kerana berjiwa kental dan telah berjuang sehingga ke saat akhir dan sering memberi inspirasi kepada mereka yang rapat dengan dirinya,” ujar pengurusnya menerusi satu kenyataan.

Pelakon berkenaan sememangnya cukup terkenal dalam bidang perfileman Hollywood menerusi lakonannya dalam filem seperti The Slumdog Millionaire, Life of Pi dan The Amazing Spider-Man. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button