AntarabangsaKpop

BTS, EXO, GOT7 Tercalon ‘Top Social Artist’ Billboard Music Awards 2020

Tiga kumpulan popular K-pop iaitu BTS, EXO dan GOT7 mengungguli senarai pencalonan kategori Top Social Artist untuk majlis Anugerah Muzik Billboard (Billboard Music Awards 2020).

Anugerah tersebut diberikan untuk mengiktiraf kejayaan lagu-lagu yang pernah menembusi carta Billboard Amerika Syarikat.

Selain mereka, penyanyi Billie Eilish dan Ariana Grande turut tercalon dalam kategori tersebut. BTS telah memenangi anugerah Top Social Artist tiga tahun berturut-turut sejak 2017.

Ini juga merupakan kali kedua EXO dan GOT7 tercalon dalam kategori itu.

Billboard Music Awards 2020 akan dihoskan oleh penyanyi Kelly Clarkson. Ia akan disiarkan secara langsung dari Dolby Theatre, Los Angeles pada 14 Oktober ini menerusi siaran TV NBC. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button