• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Buat Kesekian Kalinya… Aliff Aziz Kini Kantoi Curang Lagi?

Apabila menyebut nama pelakon Aliff Aziz, pasti nama pelakon kelahiran Singapura itu sudah cukup sinonim dengan menjalinkan hubungan dengan beberapa orang wanita.

Biarpun sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata, namun pelakon berkenaan sudah ‘terkantoi’ beberapa kali apabila hubungan dengan wanita lain didedahkan.

Yang terbaru, pelakon dan juga penyanyi itu ‘terkantoi’ lagi apabila tersebarnya gambar mesra dirinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mell.

Pendedahan gambar berkenaan dibuat oleh seorang individu yang tidak berpuas hati dengan wanita berkenaan yang dikatakan tidak membayar hutang.

“Apalah laki orang pun kau nak check in aku pun tak faham tapi duit hutang still tak bayar. Perempuan jenis apa kau ni nismel.

“Kesian bini dia kau sikit kesian pun takde dengan anak dia lagi allahu semoga tuhan balas apa yang kau buat dekat orang. Tunggu lah karma tu ada,” menurut kenyataan yang dibuat di gambar tersebut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend