• FOLLOW US
Gaya Hidup, Makan Time

Pertandingan Cabaran Pedasss Chick Yun Dapat Sambutan Menggalakkan

Buat julung-juling kalinya, rangkaian makanan Korea, MyeongDong Topokki telah menganjurkan pertandingan yang diberi nama Cabaran Pedasss Chick Yun pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MyeongDong Topokki, Vincent Lua berkata, ia sebuah pertandingan yang memberi cabaran kepada sesiapa sahaja untuk memakan hidangan pedas yang disediakan penganjur.

“Objektif pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana rakyat Malaysia mampu untuk menikmati hidangan pedas yang banyak terdapat dalam masakan Korea.

“Selain mahu mempromosikan jenama rangkaian ini, pihak kami percaya masakan pedas juga kini merupakan satu trend makanan buat rakyat Malaysia,” ujarnya.

Menurut Vincent, pertandingan berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira seribu orang menerusi laman sosial.

Ujarnya, untuk peringkat awal pertandingan tersebut, mereka yang berminat perlu memakan ramen pedas yang disediakan serta perlu memuat naik gambar di laman sosial sebelum saringan dibuat.

“Untuk acara Grand Final yang berlangsung hari ini (4 Ogos), hanya 30 peserta sahaja dipilih dan perlu bersaing di peringkat awal, separuh akhir dan akhir.

“Menariknya, pertandingan ini juga kami telah menawarkan hadiah yang cukup menarik kepada pemenang iaitu wang tunai sebanyak RM3,500,” ujarnya.

Sementara itu, rangkaian makanan kedai MyeongDong Topokki ini sudah membuka sebanyak 21 cawangan di seluruh Malaysia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend