EventHiburan

Catat Pencapaian Terbaik, Suria FM Kini Capai 2.64 Juta Pendengar

Setelah 15 tahun bersiaran ke udara, stesen radio Suria FM kini semakin berhasil memikat hati para pendengar dengan jumlah peningkatan yang ketara.

Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih lebih dikenali dengan DJ Lin menyatakan ketika ini stesen berkenaan berjaya meraih sebanyak 2.64 juta pendengar sepanjang tahun 2019.

“Ternyata pada tahun lalu Suria FM menunjukkan peningkatan dengan jumlah pendengar seramai 2.64 juta berbanding dengan 2.26 juta pendengar berbanding tahun sebelumnya.

“Ternyata kejayaan ini berjaya memperbaiki kedudukan Suria FM yang kini berada di tangga ke-4 jumlah pendengar paling ramai selepas Era, Sinar dan Hot FM,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pengumuman Ajak Shiro sebagai penyampai baharu untuk Team Pagi Suria yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut DJ Lin, ia merupakan satu pencapaian terbaik buat stesen radio berkenaan dengan penekanan akan diberikan kepada pengisian menerusi platform radio, digital dan siri jelajah yang sering diadakan.

Ujarnya, pada tahun ini Suria FM akan terus memberi fokus dan aktif dengan pengisian yang pelbagai bagi menarik lebih ramai pendengar.

“Buat permulaan pihak kami sedang merancang untuk menganjurkan sebuah konsert berskala besar serta terus mengadakan siri jelajah bersama barisan penyampai pada bulan Mac ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button