• FOLLOW US

Buffet Berbuka: Royale Chulan KL Tawar Pelbagai Juadah Nusantara

Kedatangan bulan Ramadan pastinya dinanti-nantikan setiap umat Islam di seluruh dunia kerana pelbagai ganjaran pahala boleh diraih dalam bulan penuh keberkatan ini.

Antara yang pastinya menjadi persoalan anda pada setiap hari di bulan ialah di mana antara lokasi untuk berbuka puasa sekiranya anda sekeluarga merancang untuk berbuka di luar.

Salah satu lokasi yang wajib anda tuju untuk buffet ramadhan pada tahun ini pastinya di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur yang mana menawarkan pelbagai sajian menarik yang pastinya menggamit memori menerusi Citarasa Nusantara olahan chef mereka.

 

Dengan harga berpatutan yang dikenakan, antara juadah istimewa yang disediakan seperti kambing golek, lontong Samudera, nasi briyani Hydramaut serta sajian ‘signature’ hotel ini iaitu bubur lambuk Royale, Shellout dan Bee Hoon Sup Utara Mari.

Citarasa Nusantara juga turut menawarkan pelbagai menu pembuka selera antara seperti apam balik, cucur goreng, rojak buah, pecal, Som Tam Yala dan dim sum.

Buat yang menggemari lemang, ketupat dan rendang, usah gusar anda boleh dapatkannya juga di sini. Belum raya tapi rasa macam dah raya!

Bagi melengkapkan lagi pengalaman berbuka anda di sini, manisan juga disediakan seperti pelbagai kuih-muih tradisional, donut, air batu campur (ABC) dan cendol durian.

Buffet yang berlangsung dari 7 Mei hingga 4 Jun ini berharga RM150 (dewasa), RM100 (warga emas) dan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun (RM75). Bagi yang menempah dari 7 Mei hingga 11 Mei (dari 2 hingga 6 Ramadan) anda akan mendapat harga istimewa iaitu RM100 (dewasa), warga emas (RM75) dan RM50 (kanak-kanak).

Untuk menempah, anda boleh hubungi talian 03-26889639. – KopiPlanet.com

Jenama AS Legacy Tampil Dengan Koleksi Terbaharu Indahnya Raya

Jenama AS Legacy yang diasaskan oleh pasangan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sekali lagi mengorak langkah dengan mengeluarkan sendiri koleksi fesyen di bawah jenama sama.

Dengan berkonsepkan Indahnya Raya, fesyen terbaharu daripada AS Legacy dihasilkan mengikut trend semasa dengan kualiti terbaik, tetapi dijual dengan harga mampu milik.

Antaranya, koleksi Satin Amelia dihasilkan dengan konsep flora dan abstrak, penuh warna-warni dengan kelembutan fabrik dan disertakan bungkusan kotak istimewa dengan harga RM100 untuk dua helai.

Selain itu, jenama berkenaan turut mengeluarkan koleksi Bawal Swarovski, tudung yang tampak mewak dengan kilauan batu Swarovski dan dijual dengan harga RM99.00 sehelai.

Tidak ketinggalan juga dengan keluaran Telekung Nurshahida yang direka oleh isteri usahawan tersebut. Dijual dengan harga RM129.00, ia dihasilkan dengan tiga pilihan warna serta menggunakan material ‘Japanese Cotton’.

Bagi mengubah persepsi masyarakat yang menganggap usahawan tersebut hanya menjual jamu dan kosmetik, AS Legacy turut tampil dengan koleksi fesyen lelaki iaitu Kurta Aliff dan Kain Pelikat Syukri.

Kurta Aliff yang menggunakan material ‘Cotton Silk’ dijual dengan harga RM69.00-RM99.00 sehelai, manakala Kain Pelikat Syukri dengan rekaan instant berpoket itu dijual dengan harga RM120.00 sehelai.

Dalam usaha untuk mengukuhkan jenama AS Legacy, usahawan tersebut turut menjual pelbagai jenis keperluan di bawah satu bumbung yang sama dengan terhasilnya AS Beauty, AS Health, AS Kitchen dan ASL Cosmetics.

Pada masa sama, turut diperkenalkan duta-duta produk untuk kesemua jenama tersebut iaitu Jalaluddin Hassan, Zarina Zainuddin, Erra Fazira dan Wany Hasrita. – KopiPlanet.com

Koleksi Raya Creacion Siti Nurhaliza Ketengahkan Konsep Art Deco

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengetengahkan konsep Art Decorative sebagai tema bagi koleksi raya tahun ini untuk jenama pakaiannya, Creacion by Siti Nurhaliza.Busana Creacion mengambil insprirasi daripada art deco yang cukup popular di Perancis sejak tahun 1920-an lagi.

Sebanyak 43 koleksi pelbagai warna diperkenalkan dan antara warna yang dipilih tahun ini seperti merah, hijau dan warna-warna pastel seperti coklat, merah jambu dan biru lembut.

Menurut Siti, uniknya koleksi art deco ini ialah ia menampilkan corak garisan selaras dan senada yang membuatkan si pemakai bukan sahaja kelihatan kemas malah juga kelihatan eksklusif.

“Aidilfitri adalah saat yang mencipta memori istimewa dan berbekalan dan disebabkan itu kesemua rekaan yang dipersembahkan ini adalah bertujuan untuk mengembalikan nostalgia indah, kenangan raya yang pastinya mengindahkan lagi suasana di pagi raya peminat setia Creacion.

“Untuk tahun ini sebanyak 89 helai kurung moden dan jubah pelbagai warna dan corak dihasilkan bagi memenuhi kehendak pelanggan. Creacion memang mementingkan konsep ‘less is more’ agar baju kurung ini bukan sahaja boleh digayakan ketika hari raya sebaliknya turut juga boleh dibawa ke pejabat dan majlis-majlis lain,” katanya kepada KopiPlanet.com selepas majlis pertunjukan fesyen raya Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza 2019 yang berlangsung di Malaysia Petroleum Club, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Harga setiap koleksi eksklusif ini didatangkan pada harga mampu milik iaitu dari lingkungan RM200 hingga RM350 sehelai.

Bagi yang mahu sedondon dengan anak perempuan, Creacion turut memperkenalkan satu koleksi iaitu Sara dan Sofia Kurung untuk kedua ibu dan anak bergaya bersama dengan rekaan baju kurung moden berwarna kuning dan kelabu itu. Pakaian kanak-kanak dijual pada harga RM90.

Buat yang mahu dapatkan koleksi Creacion Raya 2019, anda boleh mengunjungi butik Creacion berdekatan bagi mendapatkan baju raya anda! – KopiPlanet.com

 

View this post on Instagram

 

Ibu yang tak sabar..koleksi #CREACIONNOSTALGIARAYA tahun ni ada baju kurung ibu&anak tau ..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Foto: Instagram Creacion

Produk Henti Merokok NCIG Buka Cawangan Pertama Di Kuala Lumpur

Produk alternatif berhenti merokok, NCIG yang kian mendapat sambutan semakin mengorak langkah apabila membuka cawangan pertamanya, NStore di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIG, Sharifuddin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan, PakDin, pembukaan cawangan pertama ini sangat dinantikan pelanggan mereka kerana setakat ini seramai 60,000 pengguna sudah beralih daripada rokok kepada peranti NCIG.

“Selain pembukaan cawangan di Kuala Lumpur, kami juga dalam perancangan untuk membuka dua lagi cawangan baharu di sekitar di KL. Kewujudan NStore ini adalah untuk menyenangkan pelbagai pihak daripada ejen, pengedar dan pelanggan kami.

“Di sini kami menyediakan pelbagai perkhidmatan, antaranya pelanggan dapat rasa perisa ataupun peranti baharu sebelum membuat pembelian. Kami juga amat mementingkan kualiti supaya pengguna dapat merasai sendiri pengalaman sebelum dan selepas menggunakan NCIG,” katanya.

Ujarnya, majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini berlangsung meriah dengan kedatangan pelanggan NCIG yang mahu mendapatkan dua perisa terbaharu yang diperkenalkan iaitu Butterscotch dan Grape.

Menurutnya lagi, pembukaan premis pertama di Kuala Lumpur dilihat cukup strategik bagi memudahkan pelanggan di sekitar Lembah Klang untuk membeli peranti NCIG.

NStore setakat ini menawarkan sebanyak enam variasi perisa iaitu Red Vanilla, Tobacco, Mango, Cool Mint, Butterscotch dan Grape berharga RM45 sekotak.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk berkenaan bolehlah melayari laman web www.ncig.com.my – KopiPlanet.com

Iftar Amal Buffet ‘Special Dulang’ Bersama Dua Cef Selebriti Terkenal

Buat julung-julung kalinya dua cef selebriti terkenal tanah air iaitu Cef Zam dan Cef Sabri Hassan berkolaborasi bersama Neujina Events menganjurkan Iftar Amal Buffet ‘Special Dulang’.

Pemilihan kedua-dua cef tersebut berdasarkan kemahiran, pengalaman, mutu masakan dan kreativiti mereka dalam penyediaan makanan yang berkelaskan lima bintang. Malah, kedua-dua Chef ini akan memasak secara eksklusif di Neujina Events bertempat di Seksyen 26 Shah Alam dengan menu signature ‘special dulang’ mereka yang tiada di tempat lain .

Ia berkonsepkan dua hari masakan Timur Tengah oleh Cef Sabri pada 24 & 25 Mei 2019 dan dua hari masakan asli Pantai Timur oleh Cef Zam pada 31 Mei dan 1 Jun 2019. Istimewanya, kolaborasi tersebut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah mereka yang beriftar berpeluang untuk memenangi penajaan pakej perkahwinan bernilai hampir RM30,000, termasuk tiket penerbangan bulan madu anjuran Neujina & Friends. Cabutan bertuah ini akan diadakan pada 1 Jun 2019 di Neujina Events dan akan diumumkan melalui live laman Instagram Nuejina Events.

Selain itu, Neujina Events atau dikenali D’neujina sebelum ini akan menyajikan lebih 50 jenis makanan buffet termasuk ‘stalls makanan’ dan masakan signature oleh cef di setiap meja pelanggan sebagai pembuka selera iftar. Bangunan tiga tingkat itu yang akan didekorasi oleh RS EVENT KL turut menyediakan ruangan solat, tempat letak kereta percuma serta boleh menampung hampir 320 orang untuk beriftar pada masa yang sama.

Antara menu menarik oleh Cef Sabri adalah Kambing Kashmiri, Ayam Panggang Morocco, Nasi Mandi, Samosa Zam Zam Ala Kazam , Murtabak Turkey, Kambing Kuzi, Macaroni Masak Arab dan lain lain lagi.

Manakala Cef Zam pula seperti Nasi dagang, kerutuk ayam, ketupat sotong, gulai ikan tongkol, pulut lepe, akok, nasi kuning, satay ikan, mee rebus, rendang dendeng dan semua menu akan dihidangkan dengan 50 jenis buffet termasuk stalls, pembuka selera dan pencuci mulut.

Antara hadiah -hadiah sampingan yang bakal dimenangi oleh orang ramai yang beriftar di Neujina Events adalah sepasang baju melayu Keek Collection, hamper kosmetik Syok Kosmetik, baucer rawatan wajah Millennium Clinic KL, tiket penerbangan Firefly, hamper Neujina Events dan lain lain.

Istimewa untuk syarikat swasta dan kerajaan yang menempah majlis iftar mereka di Neujina Events, mereka bersetuju untuk menaja ‘Open House Raya’ syarikat mereka di Neujina Events sebagai tanda penghargaan dan ia tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi hadiah penajaan pakej perkahwinan hampir RM30,000 anjuran Nuejina & Friends ini pula termasuklah penyewaan penuh dewan Neujina Events, dekorasi dewan dan pelamin (RS Event KL), khidmat jurugambar (Iriskirana) dan photobooth (Instaphotobox), jurusolek (MUA Nadia Nordin), baju pengantin lelaki dan wanita (Suriani Hassan).

Selain itu turut disediakan buffet pembuka selera (Comot2) dan pemanis mulut (Khalis Catering), makanan untuk makan beradab untuk pengantin, tiket penerbangan bulan madu (Firefly), hamper hantaran kosmetik (Syok Kosmetik), rawatan wajah pengantin (Millennium Clinic KL) dan Kek Kahwin (Anne Idris MyMumsBakery).

Dalam pada itu, Kempen Amal Iftar Di Neujina Events ini akan dilengkapi dengan misi untuk bersedekah 10% daripada hasil jualan iftar ke Zakat Selangor. Pastinya konsep ini adalah yang pertama diadakan di Malaysia kerana bukan sahaja untuk beramal, malah ia boleh memberikan berita gembira bagi bakal mempelai sebelum menyambut hari lebaran nanti dan sekiranya pemenang sudah berkahwin, hadiah tersebut boleh ditukar milik tertakluk pada terma dan syarat.

Kempen dan tempahan tiket sudah bermula dan harga sebelum 11 Mei 2019 adalah RM99 (dewasa) dan RM50 (kanak-kanak). Rebutlah peluang ini kerana ia terhad 320 tempat duduk pada setiap tarikh. Untuk maklumat lanjut sila hubungi (017-2580047) atau layari laman Instagram Neujina Events. – KopiPlanet.com

Rita Sosilawati Tampil Dengan Beg Tangan Edisi Terhad Victoria Sloane

Usahawan kosmetik terkenal, Rita Sosilawati kini semakin mengembangkan langkah dalam dunia perniagaan apabila memperkenalkan koleksi terkini beg tangan Victoria Sloane.

Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari berkata, pada kali ini dia menghasilkan lima jenis beg tangan menerusi hasil rekaannya sendiri.

“Keluaran beg tangan ini tampil dengan pelbagai koleksi antaranya Warwick, Essex, Holborn, Abbey dan Kew. Setiap rekaan ini mendapat sentuhan gabungan Asia dan Itali yang terperinci.

“Ia amat sesuai digayakan oleh wanita di semua peringkat umur. Selain itu, harga yang ditawarkan juga agak berbaloi dan mampu dimiliki semua golongan,” katanya.

Menurutnya, antara keistimewaan beg tangan yang ditampilkan pada kali ini adalah ia dikeluarkan dalam edisi yang agak terhad.

Jelasnya, untuk setiap koleksi pihaknya akan menghasilkan sebanyak 1,000 beg sahaja dan sekiranya kalau habis dijual, ia tidak akan dihasilkan lagi.

“Untuk setiap beg yang dihasilkan, kami sangat mementingkan kualiti. Malah, bagi membuktikan rekaan ini adalah edisi terhad, mereka yang membelinya akan diberi sebuah kotak beg istimewa yang tidak terdapat di mana-mana.

“Selain itu, Victoria Sloane juga menjalinkan kerjasama dengan Shopee Malaysia, di mana mereka yang ingin mendapatkan beg tangan ini boleh melayari laman web Shopee,” ujarnya.

Bagi koleksi Warwick yang mempunyai enam jenis warna, ia dijual dengan harga RM199. Manakala koleksi Essex pula yang mempunyai empat jenis warna turut dijual dengan harga sama.

Untuk koleksi Holborn pula berharga RM189 (empat jenis warna), Abbey (RM179-empat jenis warna) dan Kew pula berharga RM169 menerusi pilihan lima jenis warna.

Kepada mereka yang berminat untuk melihat gambar-gambar koleksi beg berkenaan boleh layari Instagram @victoria.sloane. – KopiPlanet.com

Vitalica Glow Realisasikan Impian Tubuh Bak Supermodel Anda

Pernah naik berat badan secara mendadak selepas melahirkan anak, pengasas dan pengarah urursan Vitalica Sdn Bhd, Aleeya Zailan nekad mencari formula terbaik mendapatkan tubuh badan idaman.

Sehubungan dengan itu, lahirlah produk makanan tambahan keluaran syarikatnya, Vitalica Supermodel Glow yang membantu golongan wanita di Malaysia memiliki bentuk badan bak seorang supermodel.

”Saya mahu mendidik rakyat Malaysia agar lebih prihatin dengan penampilan diri dengan pengambilan Vitalica.

”Saya sendiri juga tidak terkecuali dalam hal ini. Bila melihat tubuh seorang supermodel, saya sendiri teringin menjadi seperti mereka. Sampai bila nak makan hati je kan? Perlu ada usaha.

“Jujurnya, saya sendiri pernah gemuk selepas melahirkan anak. Berat saya pernah mencecah sehingga 80 kilogram sehingga saya sendiri tertekan untuk berjumpa orang.

”Sebelum memasarkan Vitalica Supermodel Glow, saya mencuba sendiri pengambilan makanan tambahan ini.

”Bayangkan dari 80 kilogram, saya kini boleh tersenyum bangga apabila berat menurun sehingga 50 kilogram,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Bukan hanya sesuai untuk wanita, produk yang diformulasi khas tanpa bahan kimia ini turut sesuai untuk kaum lelaki yang mempunyai visi untuk mendapat tubuh badan langsing dan menarik.

Produk yang sudah tiga tahun berada di pasaran ini dijual dengan harga mampu milik iaitu RM 89 sekotak yang mengandungi sebanyak 14 sachet. Vitalica Supermodel Glow boleh dibeli di www.vitalica.com.my menerusi pengedar sah di seluruh negara. – KopiPlanet.com

Kolaborasi Elfira Loy Dan MC Vogue Untuk Koleksi Sempena Lebaran

Ketika ini MC Vogue menjadi antara jenama tempatan yang pantas mencuri perhatian di seluruh negara dengan lebih 20 cawangan. Menariknya, ‘MC’ itu sendiri sebenarnya merupakan akronim kepada ‘Muslimah Collection’ dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Teff dan May sejak tahun 2012 lagi.

Dengan konsep pakaian moden untuk golongan wanita yang menitik beratkan cita rasa dengan nuansa sopan, anggun dan kekal bergaya, maka tidak hairan jenama MC Vogue ini sudah mampu membina kelompok pengikutnya sendiri yang sentiasa mempercayai kualiti jahitannya.

Tidak mahu ketinggalan dan merasai kehangatan sambutan Ramadan serta lebaran nanti, MC Vogue juga buat julung kali menjalinkan kolaborasi bersama artis dan ahli perniagaan terkenal, Elfira Loy.

Dengan kolaborasi tersebut, terhasillah koleksi Elfira Loy X MC Vogue yang tampil dengan empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri. Kerjasama tersebut melambangkan sentuhan feminin dan elegan, namun pada masa sama yang sering menjadi pilihan si genit itu.

Hasil cetusan ilham idea Elfira dan sentuhan kreativiti pereka bentuk pakaian MC Vogue sendiri, pastinya koleksi ini juga menyerlahkan gaya dan karakter wanita yang baru bergelar isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar sejak 1 Januari lalu.

Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest’. Koleksi ini menggunakan bahan rona lembut, sejuk, berbulu, manik berkilauan dan kasut kaca cinderella sering diterangkan dengan jelas, meningkatkan rasa keajaiban untuk genre seumpama ini. Harga sepasang RM299 juga sangat mampu milik.

Berkongsi keterujaan itu, Elfira Loy atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri sendiri juga amat realistik dengan kerjasama terjalin.

“Ini adalah kolaborasi pertama saya bersama jenama fesyen. Saya bersetuju untuk jalinkan kolaborasi ini kerana MC Vogue sendiri sentiasa mengeluarkan pakaian dengan harga yang berpatutan kepada ramai orang. Ia tepat dengan konsep saya yang bergaya dengan gaya berpatutan atau ukur di badan sendiri .

“Saya harap kerjasama ini akan dapat menarik ramai minat orang untuk bergaya lebih tetapi dengan harga yang berpatutan. Pendek kata ia memang mampu dimiliki semua golongan wanita,” katanya.

 

Pelakon drama Qaleesya ini sendiri sebenarnya antara yang selalu membeli baju di MC Vogue kerana harganya amat murah.

“Butik MC Vogue memang antara destinasi pilihan saya setiap kali membeli belah. Memang berbaloi. Tak sangka pula ditawarkan kerjasama ini beberapa bulan lalu. Memang terkejut pada awalnya. Tapi saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka.

“Saya pun antara penggemar fesyen dan sentiasa menghargai koleksi seumpama ini. Selepas beberapa siri perbincangan dan menyatakan apa yang kami mahu hasilkan, kata sepakat dan persetujuan diraih,” katanya.

Mengenai sumbangan idea rekaan, Elfira turut dibuka ruang memberikan pandangan.

“MC Vogue mempunyai deretan perekanya sendiri, tapi kami masih berbincang untuk satu aliran yang sama. Pastinya mereka hadir dengan pelbagai rekaan dan akhirnya hanya empat rekaan dengan material dan warna tertentu saya pilih dijadikan sebagai koleksi kolaborasi ini.

“Kolaborasi ini untuk musim raya saja, tapi saya optimis dan yakin rekaannya yang tidak terlalu rumit dan tidak berlebihan menjadikan ia tidak dimamah usia. Fesyen pun kini untuk semua. Jika kita ada keyakinan diri, apa saja boleh disarung,” katanya.

Sisi lain, Elfira juga melihat kerjasama yang terjalin membabitkan jenama fesyen dan artis berbentuk situasi menang-menang.

“Faedah kerjasama sebegini bukan kepada pihak MC Vogue saja tetapi kepada golongan selebriti. Ia satu aktiviti menyeronokkan untuk kita lebih dekat dengan peminat dan penggemar fesyen. Pada masa sama orang awam juga boleh merasai hasil idea atau gaya yang dipakai golongan selebriti ini,” katanya.

Koleksi kerjasama ini menyaksikan empat rekaan di mana setiap satunya mempunyai tiga warna. Ia terdiri daripada saiz S M L.

Bagi pihak MC vogue pula, semuanya bermula apabila kedua-dua pengasas menyedari bahawa fesyen muslimah boleh dipelbagaikan dengan elemen serta suntikan baru.

Kedua-dua mereka sebagai pencinta fesyen lantas memulakan perjalanan untuk mencari unsur baru yang dapat membawa dan menambah warna meriah ke dalam fesyen terutama untuk wanita muslimah. – KopiPlanet.com

Ceburi Bidang Perniagaan, Nabila Razali Lancar Koleksi Nabaela Scarf

Setelah dilihat semakin menyerlah dalam bidang nyanyian dan lakonan, Nabila Razali kini melebarkan sayap menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan koleksi tudung Nabaela Scarf.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, menyatakan idea untuk mengeluarkan koleksi tudung jenama sendiri dibuat selepas menerima banyak permintaan daripada peminat yang mahu mengikuti gaya tudung yang dipakainya.

“Ini adalah masa terbaik saya untuk menceburi bidang perniagaan dan tudung adalah perniagaan yang paling sesuai dengan diri saya.

“Sejujurnya saya seorang yang cerewet tentang kualiti tudung dan agak sukar mencari tudung untuk memenuhi apa yang saya mahukan. Selain itu, ramai peminat yang bertanya tudung apa yang saya pakai setiap hari,” ujarnya.

Buat permulaan ini, jenama Nabaela Scarf akan menampilkan dua koleksi iaitu Bawal Bae dan Cumi-Cumi Shawl untuk keluaran pertama.

Lebih menarik, harga yang ditawarkan berpatutan dengan kualiti yang sangat memuaskan pembeli serta ia juga mudah dibentuk dan terletak kemas apabila dipakai dengan pelbagai gaya.

“Saya pastikan tudung ini mengikut citarasa saya iaitu jahitan yang kemas dan mudah dibentuk. Kami menggunakan material daripada Heavy Chiffon bagi shawl, manakala, bawal menggunakan material Cotton Voile,” ujarnya.

Koleksi tudung Nabaela Scarf juga didatangkan dengan pilihan warna pastel yang sesuai dengan citarasa pelbagai lapisan umur.

Nabaela Scarf boleh didapati dengan harga mampu milik bermula Rm49.90 secara online di laman sosial Instagram @nabaelascarf atau hubungi talian whatsapp 012-6512866. – KopiPlanet.com

Dari Cikgu Sekolah Kini Bergelar Pengasas Syarikat Cucian Industri Berat

Siapa menyangka daripada seorang cikgu sekolah swasta akhirnya individu ini telah berjaya mengalas tanggungjawab sebagai pengasas dan pengerusi eksekutif, syarikat pembekal bahan cucian untuk industri berat, Kazaza International Berhad (KIB).

Kamarul Zaman Zainan, 33, yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara berkongsikan kisahnya yang mana dia memasuki universiti bukan bertujuan untuk mencari pekerjaan, sebaliknya untuk mencari pekerja.

Bertitik tolak daripada itu, selepas berhenti kerja sebagai cikgu, pelbagai perniagaan yang diceburi Kamarul sebelum dia mula menceburkan diri dalam bidang pembekalan bahan cucian untuk industri berat sejak tujuh tahun lalu.

“Sebelum menceburi bidang perniagaan ini, saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah swasta di Perak. Namun, sejak dulu lagi saya mempunyai visi tersendiri iaitu tujuan saya memasuki universiti bukan untuk bekerja di bawah orang sebaliknya saya lebih suka nak beri peluang pekerjaan kepada orang di luar sana.

“Bermacam-macam perniagaan saya buat sebelum mula serius dengan bisnes ini antaranya jual ‘top-up’ telefon dan berniaga di pasar malam, akhirnya Alhamdulilah saya sudah boleh membuka kilang KIB,” katanya.

Susulan kejayaan itu, dia kini berjaya menubuhkan kilang pengeluaran yang terletak di Semenyih, Selangor.

“Tahun ini merupakan tahun ketujuh kami beroperasi. Kazaza merupakan pembekal detergen dan bahan pencuci industri berat seperti mencuci pesawat, kapal selam, keretapi, stesen minyak dan kontena lori.

“Setakat ini kami eksport produk ke empat negara jiran iaitu Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia dan untuk sasaran tahun ini kami sasarkan lagi lima negara untuk kami tembusi pasaran seperti di Vietnam, Filipina, Kemboja, Jepun dan Australia,” katanya.

Bercakap mengenai persaingan, Kamarul tidak menafikan perkara itu namun dia percaya dengan produk pencuci yang dihasilkan syarikatnya yang mana ia sangat menjaga alam sekitar.

“Tidak dinafikan memang wujud persaingan dalam industri ini memandangkan bukan kami sahaja yang membekalkan produk cucian ini namun yang menjadikan produk kami mendapat perhatian daripada pelanggan adalah disebabkan bahan berkualiti premium yang terkandung dalam produk tersebut.

“Selain itu, produk kami adalah bebas soda, biodegradable yang mana bahan-bahannya tidak mencemarkan alam sekitar selain kami mendukung persekitaran hijau dan mesra alam,” ujarnya lagi.

Bercita-cita tinggi dan yakin mampu mencapainya, KIB tahun ini menyasarkan nilai jualan sebanyak RM10 juta secara bulanan. Mereka mengeluarkan produk 100 tan yang mana bersamaan dengan lima kontena sehari. – KopiPlanet.com