• FOLLOW US

Menu Istimewa Nasi Dulang Minang Sempena Ramadan Di SukaSucre Bistro

Saban tahun pada setiap kali bulan Ramadan, SukaSucre Bistro yang dimiliki cef selebriti dan penyanyi popular tanah air, Datuk Fazley Yaakob pasti tidak pernah ketinggalan berkongsi aneka menu signatur sebagai santapan buat pelanggan ketika berbuka puasa.

Ibarat menikmati hidangan seperti berada di rumah sendiri, pengunjung bakal merasai perjalanan kulinari restoran tersebut yang menghidangkan menu utama iaitu Nasi Dulang Minang, iaitu hidangan di atas sebuah dulang perak berserta lapan jenis lauk menggamit rasa ilham masakan tradisional dari Rembau, Negeri Sembilan.

Antara menu lain yang bakal dihidang adalah Nasi Pandan Berempah, Kepak Ayam Sambal Hijau, Rendang Ayam, Daging Salai Lemak Cili Api Belimbing Buluh, Itik Masak Lemak Cili Api Mangga Muda, Sambal Goreng Jawa dan Daging Dendeng Minang.

Tidak ketinggalan juga Paru Goreng Sambal, Mee Goreng Mamak dan Seafood Salai Lemak Cili Api (Ketam/Sotong/Udang) berserta lima jenis sambal/kuah Lemak Cili Api.

Selain itu, pemanis mulut yang tersedia menanti pengunjung antaranya Puteri Mandi, Bubur Pulut Hitam Santan Custard, Pisang Goreng Cheese & Butterscotch Sauce, Cream Puff, Jagung Bakar, Kek Pisang, Agar-Agar, Puding, Kuih Koci, Burnt Cheesecake berperisa tempatan Bandung dan Pandan Gula Melaka.

Malah, apa yang paling mengujakan adalah ais krim potong dari F&N King’s Ice Cream turut disediakan sepanjang Ramadan kepada pelanggan.

Caj bufet Ramadan SukaSucre Bistro yang dikenakan adalah sebanyak RM75.00 untuk golongan dewasa dan RM35.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun). Bagi yang membuat tempahan sebelum 27 April pula bakal menerima diskaun khas tertakluk terma/syarat ditetapkan.

Sementara itu, organisasi korporat atau pihak berkumpulan yang ingin mengadakan majlis buka puasa dalam suasana privasi juga boleh menggunakan Event Hall @ SukaSucre Bistro dengan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk majlis berskala besar.

Lebih menarik, kemudahan surau disediakan buat pengunjung termasuk ruang parkir kereta yang luas secara percuma. Sebarang pertanyaan, tempahan atau informasi lanjut mengenai SukaSucre Bistro, boleh menghubungi talian 03-92017750. – KopiPlanet.com

Pizza Hut Perkenal The Singing Pizza Pertama Di Malaysia

Pizza Hut Malaysia terus menerajui inovasi dengan memperkenalkan cara terbaharu untuk menikmati pizza, kali ini menerusi The Singing Pizza. Bukan hanya sekadar pizza, Pizza Hut mahu meningkatkan pengalaman rakyat Malaysia secara keseluruhannya dengan menyelitkan hiburan berteknologi tinggi ke dalam setiap hidangan.

The Singing Pizza bakal mengubah cara rakyat Malaysia menikmati pizza melalui penggunaan kotak pizza berinovasi yang turut bertindak sebagai kotak muzik. Penggemar makanan yang berasal dari Itali itu berpeluang merasai pengalaman unik ini daripada Pizza Hut mulai sekarang hingga bulan Disember ini.

Pengarah Eksekutif – CEO Restoran QSR Brands Holdings (M) Bhd, Merrill Pereyra berkata, “Strategi kami di Malaysia adalah untuk mengutamakan para pelanggan kami dengan memudahkan dan memberi pengalaman citarasa piza yang lebih baik menerusi inovasi berasaskan digital. Hari ini, dengan teknologi digital sekali lagi, kami mahu memedatkan pengalaman rakyat Malaysia untuk menyampai pengalaman yang lebih bermakna menerusi kempen berinovasi ini.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler menambah, “Pengalaman Pizza Hut ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengecapi hidup yang lebih bermakna dan penuh semangat. Muzik merupakan sebahagian besar daripada budaya rakyat Malaysia, oleh itu melalui Singing Pizza, kami menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik, menjadi satu pengalaman yang serba baharu. Kita perlu mengutamakan budaya berkenaan agar kita dapat menyatukan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia di dalam erti kata yang sebenar.”

Bagi merealisasikan The Singing Pizza, Pizza Hut telah bekerjasama dengan Universal Music bagi tujuan itu. The Singing Pizza menjadikan kotak piza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik! Senarai lagu The Singing Pizza terdiri daripada 200 lagu yang akan dikemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu di dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan oleh artis-artis terkemuka tempatan seperti Fattah Amin, Fazura, Alvin Chong, Zaim, Shalma Eliana dan Aman Ra.

Para pelanggan Pizza Hut boleh merasai sendiri pengalaman “The Singing Pizza” menerusi https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza, panggil 1-300-88-2525 untuk penghantaran atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan. “The Singing Pizza” boleh didapati dalam bentuk:
● Kotak Piza: Kotak piza berkenaan disertakan dengan satu kod QR istimewa untuk diimbas oleh para pelanggan dan memainkan muzik eksklusif melalui telefon mudah alih setiap kali mereka membuat pesanan untuk bawa pulang atau penghantaran.
● Menu Muzik: Satu kod QR khas istimewa akan diletakkan di restoran Pizza Hut bagi membolehkan pelanggan yang makan di restoran menyimbas dan memainkan senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza di situ.

Bukan setakat itu sahaja, tapi untuk menghangatkan lagi kempen berkenaan, para pelanggan juga berpeluang untuk menemui Shawn Mendes secara langsung dengan membuat pembelian “The Singing Pizza” di samping menerima baucar-baucar* piza menarik!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai “The Singing Pizza” daripada Pizza Hut, sila layari https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza. – KopiPlanet.com

Meeracle Hadiah Kereta Mercedes-Benz Kepada Wakil Jualan Cemerlang

Meeracle jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran baru-baru ini mengadakan majlis penyerahan kunci kepada semua wakil jualan yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang kempen “Menjadi Dengan Meeracle” yang dijalankan pada tahun lalu.

Majlis eksklusif ini diadakan pada 28 Mac 2019 di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengotakan janji pihak syarikat bagi menghadiahkan 4 buah kereta mewah Mercedes-Benz kepada keempat-empat wakil jualan.

Majlis itu dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengasas Meeracle, Puan Meera Nordin dan diteruskan dengan majlis penyerahan kunci kepada ke semua master stokis yang telah memenangi Mercedes-Benz tersebut.

Kempen “Menjadi Dengan Meeracle” itu telah dijalankan dari Julai 2018 ke Januari 2019. Kempen ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua wakil jualan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam mencapai target jualan masing-masing.

Ketua Eksekutif Pemasaran Meeracle, Cik Fitrah Ahmad menjelaskan di dalam temu bual bersama media bahawa kempen ini akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan Meeracle akan berjaya mencapai target Meeracle untuk memiliki kereta mewah pada tahun 2019 dan seterusnya.

Ini bermakna, Meeracle akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi Meeracle untuk memperkasakan taraf hidup para wanita bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain.

Meeracle juga akan terus memonopoli industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik. – KopiPlanet.com

Rokok Elektronik NCIG Berjaya Bantu 60,000 Henti Merokok

Sejak dilancarkan pada 12 Januari lalu, produk alternatif berhenti merokok, NCIG sudah terjual lebih 60,000 unit dalam tempoh kurang dari empat bulan.

Lebih menarik, produk dalam bentuk peranti ini telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila menjadi buah mulut bagi perokok tegar yang berjaya menghilangkan ketagihan merokok sejurus bertukar kepada NCIG.

Menurut pengasasnya, Sharifuddin Bujang, dia merupakan pengguna pertama NCIG memandangkan dirinya merupakan seorang perokok tegar semenjak dari bangku sekolah.

“Saya adalah pengguna pertama NCIG. Selepas berjaya berhenti merokok lebih setahun dengan menggunakan peranti ini, barulah saya yakin untuk menjual produk ini kepada umum.

“Pihak kami sangat bersyukur dan berterima kasih dengan maklum balas dan sambutan luar biasa yang diterima. Kualiti produk yang dibawakan memang dicipta khas untuk menjamin kepuasan seorang perokok. Seterusnya membantu mereka untuk terus berhenti merokok.

“Saya juga amat teruja apabila sambutan baik turut diterima dalam kalangan selebriti dan salah satu maklum balas positif yang saya dapat adalah daripada seorang warga emas berumur 70 tahun yang kini sudah meninggalkan tabiat itu selepas 20 tahun menjadi perokok tegar,” katanya.

Sharifudiin atau lebih mesra disapa Pakdin turut menambah, peranti yang kini hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah itu dibangunkan sepenuhnya di tempat kelahirannya di Tampin, Negeri Sembilan manakala pemasangannya dilakukan di China.

“Harapan saya sangat besar iaitu ingin melihat lebih 1 juta perokok berubah kepada NCIG dan menjalani gaya hidup sihat sebelum menjelang tahun 2020.

“Kami sangat optimis untuk membantu masyarakat Malaysia dan seluruh dunia untuk berhenti merokok dan mencuba peranti yang sudah membantu ramai masyarakat hari ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, NCIG akan membuka cawangan pertama di Malaysia pada 27 April ini yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Sementara itu, bukan hanya mendapat sambutan di tanah air, NCIG kini turut melebarkan sayapnya ke negara seberang, Indonesia.

Sehingga kini lebih 10,000 peranti NCIG sudah dipasarkan ke Indonesia pada fasa pertama dan rata-rata memberi respon yang sangat baik.

“Target kami di Indonesia juga menjangkau 1 juta unit ‘starter kit’ kerana permintaan pasaran yang tinggi terutama bagi mereka yang ingin berhenti merokok,” ujar Pakdin lagi. – KopiPlanet.com

Ezuwan Ismail Lancar Lagu Dan Koleksi Baju Raya Rindu Lebaran

Tahun kesembilan menceburi dunia fesyen, Ezuwan Ismail yang kini turut bergelar penyanyi kumpulan trio E1 mencipta sejarah baru dalam diari hidupnya.

Tanggal 14 April lalu, bukan hanya setakat mempersembah koleksi raya untuk pentas fesyen Gaya Koleksi Raya 2019 anjuran Andrewsmodel Malaysia, tetapi turut melancarkan single kedua bersempena Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini. Istimewanya koleksi dan single raya itu dinamakan sebagai Rindu Lebaran.

“Sesuatu yang manis untuk saya kenang bagi bidang fesyen serta nyanyian yang baru disertai. Saya anggap ia sejarah peribadi buat diri.

“Saya dapat ilham menamakan koleksi raya kali ini dengan nama Rindu Lebaran selepas merakamkan lagu dengan komposer S Atan,” katanya yang ditemui selepas pertunjukan fesyen itu berlangsung di The Boulevard, Publika.

Sekalipun berdepan kecaman dan kontroversi termasuk dipertikaikan mutu vokal ketika melancarkan single pertama, Semalam Sahaja pada 14 Februari lalu, ia tidak menghalang penyanyi utama anggota kumpulan trio E1 ini meneruskan minat nyanyiannya.

Malah langkah kumpulan trio berkenaan yang turut dianggotai Zulyasrani dan Ariff Imran bagai dirahmati saat berpeluang menggunakan khidmat komposer otai bernama penuh Hashim Said itu.

Lirik pula nukilan Siso Kopratasa. Proses rakaman dilakukan pada 5 Mac lalu di sebuah studio di Cheras.

“Sejak awal lagi saya memang mendambakan lagu raya ciptaan S Atan. Kalau dulu lagu raya ciptaannya untuk Allahyarham Sudirman, kumpulan Black Dog Bone dan Datuk Jamal Abdillah antara yang terus menjadi malar segar hingga sekarang. Saya dan anggota E1 yang lain memang bangga kerana dapat menyanyikan lagu raya sentuhan emas daripada beliau.

“Tak sangka impian kami itu kini jadi kenyataan. Kami ambil masa rakamkan lagu raya itu dalam tempoh kurang dua jam. Saya sendiri berdepan situasi ‘genting’ semasa hari rakaman apabila dimarahi abang S Atan kerana dia memang diketahui cukup tegas semasa bekerja. Saya tak ambil hati dan anggap semua itu sebagai proses untuk saya belajar dan memperbaiki kelemahan diri.

“Cuak juga sebenarnya. Tapi semasa pertemuan awal lagi dengannya, beliau memang cakap akan tegas demi kebaikan. Jadi memang saya sudah diberi amaran awal. Saya sendiri yang banyak menerima teguran daripadanya semasa proses rakaman kerana biasalah mutu vokal ini tidak sehebat Zulyasrani dan Ariff,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Fancy Feast Sumbang 1000 Paket Makanan Kucing Kepada SPCA

Jenama makanan kucing terkemuka, Fancy Feast by Purina menerusi tanggungjawab korporat sosial (CSR) telah menyumbangkan sebanyak 1,000 paket makanan kucing kepada SPCA Selangor.

Pengumuman itu dibuat menerusi majlis meraikan ulang tahun ke-4 Bujibu Chempel yang merupakan Duta Fancy Feast, baru-baru ini.

Pada majlis itu juga, Fancy Feast telah menganjurkan acara A Meowchelin Feast untuk meraikan hubungan kasih sayang antara pemilik dengan kucing kesayangan mereka.

“A Meowchelin Feast oleh Fancy Feast diilhamkan oleh konsep makan dengan mewahdan ditawarkan kepada pemilik yang ingin berkongsi pengalaman yang mewah bersama haiwan-haiwan yang lain. Di“A Meowchelin Feast”, pemilik haiwan peliharaan dapat belajar bagaimana untuk menyusun makanan kucing yang estetika dan menyelerakan untuk meningkatkan pengalaman bersama kucing mereka, sama seperti yang disajikan oleh restoran Michelin.

“Ini adalah selaras dengan usaha FANCY FEAST dalam menyampaikan rasa yang lazat dan tekstur makanan yang tidak dapat dinafikan yang dibuat dengan kualiti tertinggi melalui rangkaian produknya. Konsep ini diilhamkan oleh perubahan yang dapat dilihatdi kalangan pemilik haiwan peliharaan dimana kucing diterima dan dirawat sebagai sebahagian daripada keluarga.

“Pemilik kucing sentiasa mencari peluang baru untuk memberi makanan serta rawatan terbaik, sama seperti anak-anak mereka,” kata Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, PURINA Petcare, Nestlé PURINA Malaysia.

Sementara itu pemilik Bujibu, selebriti Hanis Zalikha berkata, “Bujibu merupakan pemakan selektif. Dietnya terdiri terutamanya daripada ayam segar, yang pada masa itu merupakan sumber ketidaknyamanan, lebih-lebih lagi dengan kehidupan yang sibuk. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kami menemui Fancy Feast, ia adalah satu rahmat yang datang untuk makanan Bujibu.”

“Fancy Feast bukan sahaja memberi Bujibu makanan terbaik, malah ia juga memberi peluang kepada kami untuk meluangkan masa yang lebih berkualiti dengan Bujibu dan kami percaya bahawa masa yang berkualiti adalah penting untuk mengekalkan hubungan cinta kita dengannya,” kata Hanis. – KopiPlanet.com

Rezeki Anak Ketiga, Alif Satar Dilantik Duta Harman Studio

Penyanyi Alif Satar melebarkan sayapnya apabila baru-baru ini terpilih bergelar duta jenama audio terkemuka, Harman Studio.

Menurut Alif, sebagai seorang penyanyi dia sememangnya memerlukan sistem audio yang bagus untuk kerjayanya itu malah selebriti berusia 29 tahun itu turut berkata lamaran ini adalah rezeki anak ketiganya yang bakal dilahirkan Oktober ini.

“Alhamdulillah, Harman Studio adalah jenama pertama untuk saya sebagai duta bagi tahun 2019. Saya sangat teruja kerana bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebaga duta, barangan daripada Harman seperti JBL memang digunakan dalam kehidupan seharian.

“Senang cerita, memang kena dengan minat saya yang tidak tertumpu hanya dalam bidang seni sahaja. Saya juga suka bersukan, jadi peranan sebagai duta saya akan gunakan sebaik mungkin,” katanya kepada KopiPlanet.com

Alif ditemui pada majlis pelancaran Harman Studio yang berlangsung di Sunway Geo Avenue, Selangor baru-baru ini.

Ruang studio dua tingkat itu menempatkan sudut pameran berkeluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi. Pengunjung dapat mengalami sendiri gaya hidup Harman yang dijelmakan semula oleh pembesar suara mudah alih dan fon kepala Harman.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Harman Asia Pasifik, Mark Ng berkata pemilihan Alif adalah tepat kerana gaya hidup aktif yang dibawakan Alif amat sesuai mewakili jenama tersebut.

“Kami amat berbesar hati mempunyai Alif Satar sebagai duta kami. Dia melambangkan nilai dan kualiti yang dibawakan oleh Harman. Paling penting, dia juga percaya kepada jenama Harman,” katanya.

Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman, para pelanggan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 95 peratus untuk item terpilih. – KopiPlanet.com

Minuman Berkhasiat Origina Buat Remy Ishak Kembali Minum Susu

Pelakon Remy Ishak mengakui dia bukanlah seorang penggemar minuman bersusu, namun keunikan minuman jenama Origina telah berjaya mengubah pendiriannya itu.

Menurut Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 37, bahan-bahan organik dan berkhasiat dalam Origina telah menyebabkannya mula mengamalkan penggambilan susu dalam kehidupan sehariannya.

“Kalau nak tahu sebenarnya saya bukanlah seorang yang suka minum susu. Tapi bila sekali cuba air Origina ini saya terus terpaut hati dengan rasanya.

“Origina menawarkan minuman dengan kualiti rasa dan standard yang tinggi. Kesemua produk Origina setanding dengan jenama minuman antarabangsa, malah lebih berkhasiat dan menyihatkan,” katanya kepada KopiPlanet.com

Remy ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta Origina yang berlangsung di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sejak ditubuhkan pada 2014, Origina yang merupakan keluaran syarikat PS Food & Beverage Sdn. Bhd telah mengeluarkan tiga kategori minuman, berasaskan susu, jus buah-buahan dan teh campuran jus buah-buahan.

Di bawah kategori minuman berasaskan susu terdapat tiga produk iaitu susu coklat, susu kurma dan teh tarik.

Jus buah-buah pula menawarkan jus epal, jus anggur, jus durian belanda dan jus delima manakala kategori teh campuran jus buah-buahan menyediakan perisa teh lemon dan teh epal.

Pengarah PS Food & Beverage, Nur Fatin Diana Mohd Zain memberitahu penglibatan Remy bersama Origina mewujudkan persekitaran penjenamaan baharu yang tidak pernah dilaksanakan jenama minuman lain.

“Pelantikan Remy melangkaui peranan seorang duta kerana kita mahu beliau menjadi sebahagian daripada keluarga Origina. Imej Remy yang sering mempromosikan gaya hidup sihat juga menepati identiti jenama Origina,” katanya.

Kesemua minuman Origina dipek dalam bentuk ‘flexible packaging soft pack’ dengan matlamat melestarikan alam sekitar dan menjimatkan ruang penyimpanan.

Selain Malaysia, jenama Origina telah menembusi pasaran luar negara di Singapura, Brunei, Vietnam, Kemboja dan China. – KopiPlanet.com

Karnival Jualan Bling Bling Jelajah 4 Lokasi Seluruh Negara

Satu karnival terbaharu iaitu Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019 akan diadakan bagi memberi peluang kepada selebriti dan peniaga untuk mengetengahkan produk jualan mereka kepada orang ramai.

Menurut wakil penganjur Kiswah Concept, Datuk Seri Ismail Abdurrahman, karnival ini akan diadakan di sebanyak empat buah negeri bermula bulan Mac hingga Mei. Ia turut diadakan dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo).

“Karnival ini berkonsep kekeluargaan, pelbagai jenis produk boleh didapati di tapak acara seperti fesyen, kosmetik, makanan dan banyak lagi. Karnival ini memberi peluang kepada para selebriti memperkenalkan produk mereka sambil mendekati peminat.

“Di samping itu, peniaga juga akan bekerjasama dengan MyIpo bagi memberi ruang MyIpo menyalurkan maklumat terus kepada para usahawan mengenai peranan MyIPo semasa acara berlangsung,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019 yang diadakan di Embassy, The Starling Mall, Damansara baru-baru ini.

Empat lokasi yang dipilih bagi memeriahkan karnival itu ialah di Bling Bling Melaka Fest yang diadakan pada 29, 30, 31 Mac di Melaka Mall, (Bling Bling Pantai Timur Fest, 26 & 27 April di Taman Tamadun Islam, Terangganu), (Bling-Bling Kita Raya KL, 17, 18, 19 Mei di Glo Damansara) dan (Bling Bling Kita Raya JB, 24, 25, 26 Mei).

Sempena karnival ini juga, ikon fesyen Wak Doyok telah dilantik sebagai duta kerana imejnya yang sinonim dengan arena fesyen dan gentlemen’s wear.

“Saya berbesar hati dilantik sebagai duta karnival dan saya juga akan buka gerai jualan menjual produk-produk saya sendiri di empat lokasi karnival.

“Peranan saya adalah untuk bersama-sama mempromosi dan menghebahkan karnival ini kepada pengunjung sasaran. Ia akan juga dilakukan di semua platform media sosial saya bersama rakan-rakan artis yang terlibat sama,” ujarnya.

Selain Wak Doyok, antara selebriti lain yang akan membuka gerai jualan ialah Fitri Haris, Izzue Islam, Zoey Rahman dan kumpulan nasyid Raihan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka pihak penganjur bagi menarik kunjungan orang ramai antaranya, persembahan artis, demo ‘make up’, pertandingan klon Wak Doyok dan Cosplay Costumes. – KopiPlanet.com

Dahulu Jual Sayur, Anas Kini Seorang Pengusaha Kosmetik

Jika dahulu dirinya mengelilingi kampung menjual hasil tanaman sayuran, kini Mohamad Anas Zahrin Atan, 31, pastinya boleh berbangga apabila berjaya menubuhkan syarikat kosmetik sendiri dengan nama ANAS Cosmetics.

Menurut Anas, darah berniaga yang diterapkan sejak dirinya kecil lagi menjadi pendorong untuk dirinya kini berkecimpung dalam bidang perniagaan.

“Sebenarnya bapa sendiri yang ajar supaya jangan malu untuk berniaga dan cari duit sendiri. Dahulu dapat RM2, RM3 sehari pun dah gembira tak terkata. Jadilah untuk buat duit belanja dan simpan sedikit.

“Namun, terdetik di hati sampai bila keluarga perlu lalui semua ini? Dari situ, saya nekad untuk mengubah kehidupan keluarga dengan menimba ilmu sebanyak mungkin. Bagi saya, hanya ilmu dan pengalaman mampu menjadikan seseorang itu berjaya dan dipandang mulia,” katanya Diploma Pengurusan Perniagaan dan Sarjana Muda Pengajian Pemasaran Univerisiti Teknologi Mara (UiTM).

Ketika di universiti, Anas yang turut dikenali dengan nama Annas Easkey dan cukup dikenali dalam kalangan selebriti tempatan itu sentiasa mencari peluang untuk menambah duit poket dengan mengambil upah menangkap gambar rakan-rakan dengan kadar bayaran serendah RM50 untuk satu sesi.

“Pada peringkat awal dengan bermodalkan kamera yang dipinjam daripada rakan, saya galak mencari duit poket sendiri. Sampai satu masa, pendapatan sebulan saya pernah mencecah sehingga RM4,000 ke RM5,000.

“Apabila tamat pengajian saya nekad untuk buka studio sendiri dan berkolaborasi dengan rakan-rakan artis di samping aktif di media sosial,” katanya

Mengakui gemar dengan sesuatu benda yang cantik dan suka bermain dengan warna, Anas akhirnya nekad melancarkan produk kosmetik sendiri, ANAS Cosmetics pada Ogos 2017.

Selain mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, Anas mahu jenama kosmetiknya melengkapi warna-warna wanita ASIA, yang susah untuk didapati pada jenama-jenama antarabangsa lain.

“Keunikan ANAS Cosmetics adalah harganya yang mampu milik dan rupa serta kualitinya setanding produk antarabangsa. Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja, tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,” katanya.

Ternyata, hasil keringat hampir setahun membuahkan hasil apabila ANAS Cosmetics mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong, untuk membeli produknya untuk dijual di rangkaian butiknya.

“Kami beruntung kerana jenama ANAS Cosmetics diletakkan sebaris dengan jenama premium yang lain. Dalam tempoh dua bulan selepas kerjasama ini, produk saya ini diletakkan di 33 outlet SaSa seluruh Malaysia,” katanya.

Ketika ini, ANAS Cosmetics menawarkan lima jenis produk kecantikan termasuk gincu, pembayang mata dan maskara dan pada April ini, produk-produk berkenaan akan melebarkan rangkaian produknya kepada lebih 20 jenis termasuk penutup cela, pemerah pipi, bedak asas. Selain SaSa, produk ANAS Cosmetics juga boleh didapati di FashionValet dengan harga sekitar RM29 hingga RM89.

Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, dia bernasib baik kerana memiliki ramai rakan artis yang tidak kekok untuk mempromosi dan menyokong produk keluarannya itu.

“Prinsip yang saya pegang sehingga hari ini, jika buat baik pada orang, perkara itu datang balik kepada kita. Sebab tu saya tidak ramai kawan tetapi kawan yang saya ada sangat menyokong usaha saya dari dahulu hingga kini,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti Ayda Jebat, Izara Aishah, Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan serta ramai lagi

Mengenai perancangan masa depan, Anas berkata, pihaknya mensasarkan ANAS Cosmetics dijual di 280 outlet SaSa seluruh dunia, termasuk di Taiwan dan Korea serta mampu menembusi pasaran Asia Barat serta Indonesia dalam tempoh lima tahun dari sekarang

“Dengan peluasan pemasaran dan penambahan jumlah produk, kita jangka pendapatan syarikat akan meningkat 10 kali ganda daripada nilai jualan semasa,” katanya.

Dia juga berharap agar jenama ANAS Cosmetics mampu menjadi jenama pilihan dan wajib ada di ‘setiap rumah’ sebaris dengan jenama antarabangsa satu masa nanti. – KopiPlanet.com