EventHiburan

Cegah Covid-19: Rockaway 2020 Batal Demi Keselamatan Peminat

Prihatin dengan keselamatan pengunjung dan peminat, penganjur festival rock terbesar negara Rockaway telah mengambil keputusan untuk membatalkan penganjuran festival itu pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group, Iqbal Ameer berkata, “Kami sedar bahawa keputusan ini membawa kekecewaan kepada peminat kami yang tidak sabar untuk keluar dan bergandingan bersama kami tahun ini.”

“Festival Rockaway adalah bahagian penting dari industri acara langsung tempatan dan dengan sokongan berterusan dari peminat dan rakan kongsi kami, kami bertekad untuk berusaha untuk mengembalikan festival ini lagi,” katanya.

Rockaway 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 14 dan 15 Mac lalu di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur membariskan seleksi penyanyi dan penghibur seperti Datuk M. Nasir, XPDC, Hujan, Kyoto Protocol, Project E.A.R, Cross Fatih dan ramai lagi.

Bagi mereka yang ingin tebus kembali bayaran untuk tiket yang dibeli, anda boleh layari bit.ly/rockawayrefunds. Tarikh tutup untuk penebusan tersebut adalah pada 15 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.rockawayfest.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button