EventHiburan

Celepets Kumpul RM13,800 Sumbangan Untuk Ibu Tunggal

Untuk sambutan Ramadan tahun ini, Celepets yang dianggotai tujuh rakan karib iaitu Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, Yasmin Hani, Aishah Sinclair, Atilia, Daphne Iking dan Serena C mengadakan satu majlis amal meraikan ibu tunggal di sekitar kawasan Kota Damansara dan Kayu Ara.

Menerusi acara berbuka puasa amal yang diadakan di Coffee Bay, Sunway Nexis, Kota Damansara baru-baru ini seramai 24 keluarga ibu tunggal diraikan oleh tujuh selebriti popular itu.

Menurut Sazzy, tahun ini Celepets telah berjaya mengumpul sumbangan wang sebanyak RM13,800 yang didermakan oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat mereka.

“Celepets sudah lapan tahun melakukan kerja amal sejak tertubuhnya kumpulan kami ini. Untuk kali ini, kami bekerjasama dengan Kindness Malaysia yang mencari 24 keluarga fakir miskin di sekitar Kota Damansara dan Kayu Ara bagi bersama-sama diraikan dalam majlis ini.

“Sebelum ini kami pernah buat untuk pelarian dan anak-anak yatim dan sejak kebelakangan ini kami mula beri perhatian kepada golongan ibu tunggal yang turut sama memerlukan pertolongan bagi meringankan beban mereka.

“Untuk acara ini, kami telah berjaya mengumpul RM13,800 hasil sumbangan menerusi posting yang kami kongsikan di media sosial sebelum ini.

“Saya mewakili Celepets mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat yang turut sama-sama menyumbang dalam program amal ini,” kata Sazzy kepada KopiPlanet.com.

Selain sumbangan duit raya, ibu tunggal ini turut menerima sumbangan barangan seperti gula, tepung dan barangan penjagaan diri.

Menurut Sazzy lagi, misi mereka bertujuh untuk membantu golongan memerlukan akan diteruskan lagi menerusi satu lagi majlis amal yang akan diadakan pada 31 Mei ini. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Daphne Iking

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button