• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Curi Wallet Mata Wang Kripto, Mas Khan Didenda RM17,000

Pelakon Mas Khan telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM17,000 atau penjaar selama 26 bulan jika gagan membayar denda oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Menerusi laporan Bernama, Mas Khan yang juga pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu dijatuhi hukuman tersebut bagi kesalahan mencuri wallet mata wang kripto berjumlah RM213,805 yang dimiliki penerbit filem Datuk A.Aida.

Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mas Khan, 26, atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kali ketiga kes itu.

Untuk pertuduhan pertama, pelakon berkenaan didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan, manakala denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.

>Baca: A.Aida ‘Banned’ Mas Khan Terlibat Produksi Drama & Filem Terbitannya

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto milik Zaidah Awang, 50, atau A.Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang pukul 5 pagi pada 7 Mac tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan yang diwakili peguam Surya Putra Mohamad Taufan memohon denda minimum atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga, selain telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sejak awal siasatan.

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan mengambil kira keseriusan kes yang dilakukan dan jumlah kerugian dialami mangsa adalah tinggi iaitu lebih RM200,000. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend